
LPM sasar bina 60 kediaman ‘Melaka Rumahku’
ASAHAN 8 Oktober- Lembaga Perumahan Melaka (LPM) merancang membina sehingga 60 unit kediaman dibawah Program Melaka Rumahku sepanjang 2023.
Pengarah Eksekutif LPM, Mohd Salleh Hamidom berkata bagi tujuan itu pihaknya menyediakan peruntukan berjumlah RM3 juta.
“Namun semuanya bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima, kami memberikan keutamaan kepada golongan memerlukan seperti asnaf, mangsa bencana atau mereka ditimpa musibah.
“Pembinaan kediaman dibawah Program Melaka Rumahku yang dilengkapi tiga bilik tidur, satu bilik air, ruang tamu dan dapur dianggarkan RM50,000 seunit,” katanya.
Beliau berkata, demikian selepas mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Fairul Nizam Roslan menyerahkan kunci kediaman baharu kepada Ali Md Som, 84, dan Hamidah Ithnin, 79, di Batu 21 3/4, Kampung Bukit Senggeh, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: HAMPIR 370,000 KELUAR MENGUNDI SETAKAT 2 PETANG
AYER KEROH 14 November - Sebanyak 55.21 peratus atau 369,484 daripada keseluruhan 669,211 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...
BANGUN SEAWAL 3 PAGI, UNCLE WONG KAYUH BASIKAL TUNAI TANGGUNGJAWAB MENGUNDI
DUYONG 14 November – Tidak sabar menantikan hari pengundian, Uncle Wong sanggup bangun seawal jam 3 pagi sebelum mengayuh basikal...
PRN MELAKA: ELAK KONVOI MOTOSIKAL RAI KEMENANGAN
TELOK MAS 14 November - Polis Melaka menasihatkan penyokong parti politik supaya tidak mengadakan konvoi motosikal bagi meraikan keputusan Pilihan...
‘TOK AJAK’ TERUJA DUA ANAK ANTARA PENGUNDI MUDA, KALI PERTAMA
TELOK MAS 14 November - Dua anak penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul...
PRN MELAKA: FAIRUL NIZAM HARGAI KOMITMEN PETUGAS PILIHAN RAYA, INGATKAN MEDIA JAGA KESELAMATAN
MACHAP 14 November - Pengorbanan petugas keselamatan serta pengamal media yang mula berkampung seawal jam 7.30 pagi di pusat-pusat membuang...
PRN MACAM HARI RAYA, RAZALE LENGKAP BERBAJU MELAYU DAN TANJAK
MERLIMAU 14 November - Suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Merlimau tampil dengan kelainan apabila seorang pengundi hadir...

