
Luqman Hakim sah milik KV Kortrijk
PENYERANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin sah menjadi milik pasukan dari Belgium, KV Kortrijk.
Luqman yang sebelum ini menempuhi pelbagai halangan menandatangani kontrak bersama pasukan divisyen utama Belgium selama lima tahun dalam satu majlis yang berlangsung di ibu negara hari ini.
Luqman sebelum ini ditawarkan kontrak untuk bermain dengan pasukan itu pada September lalu dan akan menyertai kelab itu pada bulan Mac apabila usianya genap 18 tahun.
Mengikut perancangan, dia akan terlebih dahulu menjalani latihan selama tiga bulan di Cardiff City bermula Disember lalu dan kemudiannya terbang ke Belgium, namun pelbagai isu yang berbangkit menyebabkan perancangan berkenaan terbantut.
Pertama dia gagal terbang ke Cardiff City kerana masalah visa pada Disember 2019 dan kemudiannya disebabkan COVID-19, Februari lalu.
Majlis menandatangani kontrak hari ini turut dihadiri pemilik pasukan, Tan Sri Vincent Tan; Duta Belgium, H E Pascal Gregoire dan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
