Maafkan Siti Sarah, halalkan makan minumnya’ – Shuib

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad meminta orang ramai agar mendoakan isterinya, Siti Sarah Raisudin yang kini sedang kritikal akibat COVID-19.

Dalam satu siaran langsung hari ini, Shuib memohon agar sesiapa sahaja agar memaafkan dan mengampunkan dosa isterinya yang juga penyanyi itu.

“Saya mohon maafkan apa sahaja kalau dia ada tersakitkan hati sesiapa dan ampunkanlah serta halalkan makan minumnya.

“Saya yakin dia akan balik dan saya yakin dia akan sihat.

“Semoga dengan memaafkan dia dapat memudahkan perjalan dia, Insya-Allah,” katanya dalam nada sebak.

SHUIB sebak ketika merayu orang ramai mengampunkan segala dosa isterinya. Foto – tangkap layar video (Media Mulia).

Sebelum ini, pelantun lagu Kesetiaan itu selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 4 petang tadi secara pembedahan.

Siti Sarah terlebih dahulu terpaksa ditidurkan berikutan tahap oksigennya menurun selepas dijangkiti COVID-19.

Dalam pada itu, Shuib dalam siaran langsung itu turut mengakui isterinya itu merupakan orang yang banyak berkorban sepanjang 10 tahun melayari hidup bersama.

Tanpa sokongan insan bernama Siti Sarah, Shuib menganggap dirinya tidak akan pernah sampai ke tahap yang ada sekarang.

“Saya mula-mula hampir ‘lost’ tetapi ramai yang menasihati dan mendoakan saya.

“Apapun yang terjadi, saya reda dengan ujian Allah SWT. Saya yakin ujian yang saya lalui ini ada kebaikannya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

699
Kongsi :
Previous post KKM kesan 85 kes positif COVID-19 babitkan Mesyuarat Khas Parlimen
Next post Malay Peninsula and Archipelago: Revisiting Geographical data
Ubah saiz-+=