Mahu bina rumah atas tanah sendiri, tapi bimbang salah pilih kontraktor?

Masa Membaca:2 Minit, 59 Saat

TABOH NANING 6 Oktober – Rumah terbengkalai, kediaman mengalami pelbagai kerosakan dan tidak mengikut citarasa pemilik yang mendambarkan sebuah syurga idaman antara permasalahan yang kerap membelenggu pembeli projek perumahan di negara ini.

Lebih memeritkan ada dalam kalangan pembeli ini terpaksa membuat bayaran pinjaman bank meskipun rumah idaman mereka belum siap walaupun permasalahan itu sudah diadukan kepada pelbagai pihak bagi mencari penyelesaian.

Tidak kurang juga ada dalam kalangan pembeli terpaksa menanggung peningkatan kos yang dikenakan kontraktor atas alasan harga barang binaan yang naik mendadak.

Berikutan itu alternatif terbaik bagi mengatasi permasalahan berhabis puluhan ribu ringgit tetapi rumah tak siap adalah dengan membina kediaman di atas tanah sendiri.

Bagi mereka yang bercadang untuk memiliki kediaman yang dibina di atas tanah sendiri pemaju perumahan Visi Lagenda Sdn. Bhd. menawarkan solusi yang mampu menepati citarasa mereka.

Pengurus Visi Lagenda Wilayah Selatan, Loh Boon Siang berkata, apabila berbicara mengenai kediaman idaman pastinya seseorang itu mahukan yang terbaik dan berbaloi dengan setiap sen yang dibelanjakan.

Boon Siang berkata, Visi Lagenda sedia berkongsi idea dan pandangan selain menawarkan rekaan kediaman terkini kepada bakal pelanggan.

“Jaminan dan keutamaan kami adalah menyiapkan rumah pelanggan dalam tempoh paling lama enam bulan. Malah sebelum ini kami berjaya siapkan sebuah rumah pelanggan dalam masa tiga bulan sahaja.

“Kos minimum bagi pembinaan rumah mengikut rekaan kami adalah RM125,000. Jangan risau kerana kami hanya ambil bayaran mengikut kemajuan pembinaan rumah.

“Nilai harga yang dipersetujui, itu yang perlu dibayar oleh pelanggan, tidak akan ada peningkatan atau tambahan kos semuanya disiapkan mengikut perjanjian,” katanya.

Katanya lagi, antara alternatif pembiayaan disediakan adalah menerusi permohonan pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) atau pinjaman pembinaan daripada bank.

“Jika untuk pinjaman LPPSA kita akan tengok geran tanah berstatus kediaman atau pertanian. Bagi pinjaman LPPSA tanah boleh berstatus pertanian atau pembangunan yang perlu ada nama sendiri (suami, isteri, ibu atau ayah) sahaja.

“Selepas itu kita akan beri ‘quotation’ atau bajet untuk pembinaan rumah mereka, pihak bank dan LPPSA pula akan melakukan penilaian sebelum meluluskan pinjaman membina rumah.

“Selepas rumah siap, kita akan bantu pemilik untuk mendapatkan sijil siap dan pematuhan (CCC) dalam tempoh tiga bulan,” katanya.

Tambahnya, Visi Lagenda juga menyasarkan untuk membina sehingga 100 buah kediaman pada setiap tahun.

“Perancangan pembinaan yang rapi dan tenaga kerja mahir, kami mampu menyiapkan antara lapan hingga 10 buah kediaman setiap bulan,” katanya.

Sementara itu, pelanggan Visi Lagenda, Mohd Zamri Sidek, 56, dia memilih untuk membina kediaman di atas tanah sendiri dan lebih istimewa rumah dengan empat bilik tidur itu turut dilengkapi sebuah surau yang memudahkan beliau serta ahli keluarga untuk beribadat.

photo_2023-10-03_16-04-24
Ketua Pegawai Eksekutif Visi Lagenda Sdn Bhd, Loh Boon Siang (kiri) ketika ditemui di salah sebuah projek pembangunan yang diusahakan syarikatnya di Taboh Naning, Alor Gajah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Katanya, bila bercakap soal rumah idaman setiap pembeli pastinya mahukan yang terbaik khususnya bagi mereka yang merancang untuk bersara.

Berkongsi pengalamannya Mohd Zamri berkata, dia berasa agak kurang gembira kerana kediaman dibeli sebelum ini tidak menepati kehendaknya.

“Jadi saya ambil keputusan untuk bina rumah di atas tanah sendiri, lebih puas hati apa yang kita gambarkan itulah yang kita akan dapat, boleh pilih ikut citarasa.

“Rekaan rumah lebih menarik, lebih besar namun kosnya lebih murah berbanding beli kediaman yang sudah siap dibina. Inilah yang menjadi kelebihan jika bina rumah atas tanah sendiri memang saya berpuas hati.

“Tempoh pembinaan pula mengikut apa yang dijanjikan oleh kontraktor jadi tidak ada risiko projek terbengkalai, kami sekeluarga pula boleh merancang perkara lain seperti susun atur perabot pemilihan sistem pencahayaan dan warna cat dimahukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4656
Kongsi :
Previous post Promosi TMM2024 diperhebat di seluruh negara
Next post Melaka tawar pakej pelancongan mampu milik
Ubah saiz-+=