
MAIM BUKA PERMOHONAN SERTAI SKUAD SUKARELAWAN BALAI ISLAM
AYER KEROH 22 Oktober – Umat Islam berusia 21 hingga 60 tahun di negeri ini dipelawa menyertai Skuad Sukarelawan Balai Islam (SSBI) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, permohonan tersebut kini dibuka bagi tahun 2026, dengan tarikh tutup adalah pada 12 November 2025.
Menurut kenyataan itu, SSBI berperanan melaksanakan aktiviti ziarah, kebajikan serta bimbingan asas Fardu Ain dan Al-Quran kepada mualaf dan masyarakat Kampung Orang Asli di Negeri Melaka.
“Antara syarat-syarat permohonan adalah sihat tubuh badan; berperibadi baik dan komited menyantuni serta mendidik mualaf.
“Selain itu, pemohon juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, di mana penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan.
“Setiap sukarelawan terpilih akan menerima kadar elaun RM50 sejam,” kata kenyataan tersebut.

Menurut MAIM, borang permohonan boleh dimuat turut dengan cara mengimpas kod respon pantas (QR) pada poster di laman rasmi MAIM atau boleh didapati di pejabat pentadbiran Bahagian Balai Islam.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Balai Islam MAIM di talian 06-3372873.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.