
Majlis Malam Busana Melayu Wanita UMNO Alor Gajah meriah
AYER KEROH 25 Ogos – Majlis Malam Busana Melayu yang dianjurkan Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah bertempat di D’Village Ayer Keroh disambut meriah.
Majlis yang dihadiri seramai kira-kira 200 ahli UMNO itu diraikan dengan penuh adat dan budaya apabila kesemua hadirin yang hadir dilihat menggayakan busana tradisional Melayu.
Majlis itu telah dirasmikan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri.
Dalam ucapannya di majlis tersebut Abdul Ghafaar menzahirkan harapan agar busana tradisional melayu dapat dijadikan pakaian bagi majlis-majlis rasmi di masa akan datang.
Beliau turut memuji penganjuran malam berkenaan yang disifatkan penting sebagai usaha memartabatkan adat dan budaya Melayu kepada masyarakat khususnya golongan muda.
Hadir sama ke majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar dan Pengerusi Penerangan Wanita UMNO Negeri Rabeah Adawiyah Ali.
Majlis makan malam itu dimeriahkan dengan pelbagai bentuk persembahan dan sesi cabutan bertuah kepada hadirin.
Views:
Related


Berita Lain
TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF ‘HADIAH’ ISTIMEWA BUAT AB RAUF
AYER KEROH 23 September - Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat...
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...
LAGA BADAI SELAT MELAKA HIMPUN LEBIH 500 PESILAT
TANJUNG BIDARA 23 September - Lebih 500 pesilat dari pelbagai perguruan dalam dan luar negara menyemarakkan penganjuran Laga Badai Selat...
BANGGA KAMPUNG PULAU SEMAKIN DIKENALI SELEPAS ANAK JATI TERAJUI MELAKA
TANJUNG BIDARA 23 September - Jika dahulu Kampung Pulau sekadar sebuah perkampungan biasa yang tidak begitu dikenali, kini namanya semakin...
CADANGAN BERHUBUNG IPD HANG TUAH JAYA SUDAH DIANGKAT KE BUKIT AMAN
SERI BENDAHARA 23 September - Cadangan penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu dalam kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya sudah diangkat...
