
MALAM BERDARAH
AYER KEROH 1 Oktober – Penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggang terbabas dalam kejadian di Jalan Ayer Keroh-Gapam, di sini, jam 9 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa Tan Tian Hau, 48, mengalami cedera parah disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Katanya, terdahulu sebelum kejadian mangsa menunggang motosikal Honda Dash dalam perjalanan dari arah Gapam menghala ke Ayer Keroh.
“Setakat ini hasil siasatan dijalankan mendapati kemalangan hanya membabitkan motosikal ditunggang mangsa, tidak terkait mana-mana kenderaan lain.
“Ketika tiba di lokasi kemalangan mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkan motosikal ditunggang terbabas lalu merempuh ‘feeder pillar’ kepunyaan sebuah syarikat utiliti di bahu jalan,” katanya.
Christopher berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar menyebabkan kematian.
“Sementar aitu motosikal mangsa akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut dan membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TYT BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA AYER LIMAU, IMARAH 2 MASJID
AYER LIMAU 2 Mac - Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menyerikan Majlis Berbuka...
RAMADAN TIDAK HALANG KETUA MENTERI TURUN PADANG SANTUNI MASALAH RAKYAT
TANJUNG BIDARA 2 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tidak menunggu lama atau bertangguh dalam mencari...
RAMADAN TIDAK HALANG KHIDMAT: KETUA MENTERI ATUR STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK PERSIMPANGAN SOLOK DUKU
TANJUNG BIDARA 2 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu, masalah kesesakan di persimpangan lampu isyarat...
DUA DITAHAN BERSAMA SYABU 3KG, SOROK KETAMIN DALAM KATRIJ VAPE
AYER KEROH 2 Mac - Aktiviti pengedaran dadah jenis syabu tumpas selepas polis menahan dua individu dalam satu serbuan di...
POLIS SERBU RUMAH DI BANDA HILIR, JUMPA DADAH BERNILAI RM226,500
AYER KEROH 2 Mac - Polis menyerbu sebuah rumah di Banda Hilir yang dipercayai dijadikan lokasi penyimpanan dadah sebelum menahan...
‘SEMBUH JIWA’ DI VILLA TETC
RIM 2 Mac - Menawarkan penginapan indah dengan panorama keindahan tasik dan alam semulajadi menghijau menjadikan Villa Taman Ekstrem Tasik...
