Sorting by

×

Malaysia akan jadi tuan rumah Piala Asia 2023

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Adakah Malaysia berpeluang menjadi tuan rumah Piala Asia buat kali kedua dalam sejarahnya?

Jawapannya mungkin ya, sekiranya mereka menyatakan minat untuk mengadakan kejohanan bola sepak Asia paling berprestij itu tahun hadapan.

Ini berikutan China menarik diri daripada menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 baru-baru ini, menyatakan bahawa COVID-19 sebagai sebab utama negara itu bertindak sedemikian.

Bukan hanya Malaysia, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Seri Windsor John berkata mereka akan menghantar dokumentasi bidaan kepada persatuan lain seawal minggu hadapan, bagi menggantikan China sebagai tuan rumah Piala Asia 2023.

“Kami akan memberi mereka kira-kira sebulan untuk putuskan sebelum tarikh akhir pada hujung Jun untuk mengemukakan kertas cadangan (menjadi tuan rumah Piala Asia 2023).

“Selepas itu, kami akan menilai cadangan itu termasuk lawatan pemeriksaan sebelum menyerahkan kepada jawatankuasa eksekutif untuk membuat keputusan (tuan rumah baharu),” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ditanya sama ada akan ada garis panduan untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 berikutan COVID-19, Windsor berpendapat sudah tiba masanya untuk beralih daripada sekatan sedemikian.

Ini katanya, berikutan Piala Dunia FIFA seterusnya di Qatar yang merupakan sebahagian daripada negara Asia dan dijadual diadakan pada November ini, tidak mengenakan sekatan berikutan pandemik itu.

“Bukan hanya Piala Dunia, sekatan turut tidak digunakan pada pusingan kelayakan Piala Asia 2023 di beberapa negara Asia bulan depan, jadi ia perlu menjadi Piala Asia terbuka seperti sebelum pandemik,” katanya.

Malaysia sebelum ini menjadi tuan rumah Piala Asia pertama pada 2007 dan menganjurkannya bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1381
Kongsi :
Previous post Polis berpangkat Koperal didakwa rasuah RM16,000 untuk tutup kes
Next post 50 peratus rumah terbengkalai di Melaka berjaya diselesaikan – EXCO
Ubah saiz-+=