
Malaysia alami fasa peralihan monsun mulai minggu depan – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 11 Mac – Malaysia akan mengalami fasa peralihan monsun dijangka bermula Isnin ini hingga pertengahan Mei depan, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut sejak 3 Nov lepas.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata semasa fasa itu, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.
“Kejadian ini berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh sekali gus menasihati orang ramai untuk lebih berwaspada.
Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi serta hubungi Hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DALAM INDUSTRI TENAGA GLOBAL – PMX
ALOR GAJAH 24 Jun – Malaysia kini memiliki jaminan bekalan gas antara yang terbesar di dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan...
ANWAR PUJI PERANAN PENJAWAT AWAM TINGKAT PRESTASI MALAYSIA DALAM RANKING DAYA SAING DUNIA
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kecekapan dan komitmen penjawat awam negara yang menjadi...
ANWAR MINTA JANGAN ‘PANASKAN’ SUASANA, PILIHAN RAYA BIAR ANTARA PARTI
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya tidak 'memanaskan' suasana susulan polemik...
PERDANA MENTERI HARGAI SUMBANGAN PENJAWAT AWAM PACU KEMAJUAN NEGARA
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sistem kenaikan pangkat dan pengiktirafan dalam perkhidmatan awam...
WRUR RIM: ISU ANJING LIAR ANTARA 40 ADUAN DITERIMA MPJ
RIM 24 Jun - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerima lebih 40 aduan daripada penduduk sempena pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk...
WRUR RIM: BUKA PERSPEKTIF BAHARU URUS SISA, HASILKAN BAJA ORGANIK
RIM 24 Jun - Peluang menyertai program pembuatan baja organik memberi nilai tambah kepada penduduk apabila didedahkan dengan teknik penghasilan...
