
Mangsa kebakaran terus terima bantuan
DURIAN DAUN 17 April. – Sebuah keluarga di Kampung Durian Daun yang kehilangan tempat tinggal selepas rumah pusaka mereka musnah terbakar awal pagi kelmarin terus menerima bantuan pelbagai pihak.
Kejadian malang itu turut mendapat perhatian Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) yang tampil menghulurkan sumbangan kepada waris keluarga mangsa hari ini bagi meringankan beban mereka untuk menempuh Ramadan dan menyambut Syawal akan datang.
Timbalan Presidennya Datuk Wira Ir. Ahmad Zaini Mohd Amin berkata, menerusi lawatan itu pihaknya menyampaikan sumbangan wang tunai yang juga program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya.
“Sumbangan disalurkan ini diharap dapat membantu keluarga yang mengalami bencana seperti ini.
“Kita menyasarkan program seperti ini akan terus dipertingkatkan kepada Japerun seluruh negeri bagi meringankan beban masyarakat yang berdepan musibah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Dalam kejadian kelmarin impian sepasang suami isteri untuk menyambut Aidilfitri dalam suasana ceria berkecai apabila rumah pusaka mereka musnah dalam kebakaran kira-kira jam 3 pagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: 271 PUSAT MENGUNDI, 1,263 SALURAN DIBUKA
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Sebanyak 271 pusat mengundi akan dibuka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan...
PRN MELAKA: 11,175 PETUGAS PILIHAN RAYA DILANTIK
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Seramai 11,175 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada...
MeSRa: TIGA LALUAN BAHARU UNTUK BELIA MELAKA
AYER KEROH 7 Oktober - Golongan belia di Melaka terus diberi ruang untuk membina masa depan menerusi pelbagai peluang yang...
PRN MELAKA: 687,697 LAYAK MENGUNDI
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Seramai 687,697 pemilih layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang dijadual pada 14 November...
PRN MELAKA: 10 NOVEMBER 2026 DITETAPKAN TARIKH UNDI AWAL
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 10 November 2026 sebagai tarikh undi awal bagi Pilihan Raya...
PRN MELAKA: TARIKH PENAMAAN CALON PADA 31 OKTOBER 2026
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober 2026 sebagai tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya...
