RAKYAT MELAKA MENGUNDI PADA 14 NOVEMBER – SPR

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

KOTA LAKSAMANA 7 Oktober – Rakyat Melaka akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada 14 November 2026, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-16, di sini, hari ini.

PRN Melaka Ke-16 melibatkan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan akan menyaksikan rakyat negeri itu memilih Kerajaan Negeri bagi penggal baharu.

PRN Melaka Ke-16 diadakan susulan pembubaran DUN Melaka Ke-15 pada 23 September lalu.

Pembubaran itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

PRN Melaka ke-15 pada 20 November 2021 yang lalu menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN untuk membentuk Kerajaan Negeri dengan majoriti dua pertiga.

Pakatan Harapan (PH) pula memenangi lima kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh dua kerusi.

Keputusan itu menyaksikan BN memenangi kerusi di Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Pantai Kundor, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

Lima kerusi dimenangi PH ialah Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir, manakala PN memenangi Sungai Udang dan Bemban.

PRN Melaka 2021 menyaksikan seramai 326,068 atau 65.85 peratus daripada keseluruhan pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

270
Kongsi :
Previous post INAP DESA AYER LIMAU GAMIT NOSTALGIA
Next post PRN MELAKA: TARIKH PENAMAAN CALON PADA 31 OKTOBER 2026