Sorting by

×

Mangsa kebakaran tumpang rumah adik

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

REMBIA 29 Sept. – Tiada daya upaya tiga sekeluarga yang kehilangan rumah akibat kebakaran di Kampung Seberang Perai, Sungai Petai, di sini pada awal bulan ini, selain terpaksa menumpang di kediaman anggota keluarga mereka yang bongsu.

Meskipun terpaksa tinggal dalam kediaman sempit, Zakaria Abdul Rahman, 57, dan adiknya, Moktar, 56, serta ibu mereka Ramlah Lisut, 72, terpaksa mengharapkan ihsan anggota keluarga mereka yang bongsu, Abdul Malek, 53, yang menghuni rumah
berkenaan dengan isteri dan empat anak berusia antara 18 hingga 24 tahun.

Zakaria berkata, beliau dan Mokhtar yang masih bujang tidak mampu membina kediaman baharu kerana sekadar bekerja kampung seperti mengambil upah membersihkan kebun, bertukang dan seumpamanya.

“Selepas saya berhenti kerja kilang dua tahun lalu, saya sempat membuat pembaikan rumah peninggalan bapa tetapi semuanya sudah musnah terbakar.

ALI menyerahkan sumbangan Tabung Bencana Alam kerajaan negeri kepada Zakaria Abdul Rahman sambil diperhatikan Mokhtar di Kampung Seberang Perai, Alor Gajah.

“Kami tiga beranak terpaksa mengharapkan ihsan Abdul Malek untuk meneruskan hidup dalam keadaan serba kekurangan kerana dia juga hanya bekerja kampung, manakala empat anaknya bekerja kilang,” katanya selepas menerima sumbangan RM3,000 daripada Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Ali Hassan Ahmad Shamsuddin di tapak kejadian kelmarin.

Sumbangan berkenaan diberikan Tabung Bencana Alam kerajaan negeri bagi membantu keluarga terbabit meneruskan kehidupan.

Zakaria berkata, beliau sekeluarga amat berharap kerajaan negeri mempertimbangkan permohonan mendapatkan rumah baharu di tapak yang sama, sekali gus meringankan beban Abdul Malek dan anggota keluarganya yang sudi berkongsi
kesukaran.

Katanya, jika diharapkan pada pendapatannya dan Mokhtar, tidak mungkin rumah baharu mampu dibina dan mereka berdoa ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan.

Dalam kejadian jam 6.45 petang, 9 September lalu, Zakaria dan ibunya yang sedang melayan dua tetamu terkejut apabila melihat api dari bilik Mokhtar dan mencuba memadamkannya.

Bagaimanapun, api merebak dengan cepat berikutan rumah itu diperbuat daripada papan dan dalam tempoh kira-kira 30 minit, keseluruhan bangunan berkenaan hangus.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan diminta menghubungi Zakaria dengan menelefon 01116386982.

Views:

267
Kongsi :
Previous post Korban COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi sejuta orang
Next post WHO dan rakan sedia 120 juta kit ujian pantas untuk negara berpendapatan rendah, sederhana
Ubah saiz-+=