
WHO dan rakan sedia 120 juta kit ujian pantas untuk negara berpendapatan rendah, sederhana
GENEVA 29 Sept. – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakan pada Isnin berkata akan menyediakan 120 juta kit ujian pantas COVID-19 kepada negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana, lapor agensi berita Xinhua.
Kit ujian itu boleh memberikan keputusan dalam masa kira-kira 15-30 minit berbanding sebelum ini beberapa hari atau jam, kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Beliau berkata demikian pada taklimat media bersama pertubuhan dan rakan kongsi termasuk Yayasan Inovatif Diagnosis, Dana Global, Unitaid dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Afrika.
Projek ini memungkinkan pembangunan pengujian, terutamanya di kawasan sukar dilawati atau daerah pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan makmal atau pekerja kesihatan terlatih mencukupi.
Menurut WHO, kit ujian itu berharga US$5 per unit, jauh lebih murah berbanding kit ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).
WHO berkata perjanjian antara dua pengeluar dan Yayasan Bill & Melinda Gates, boleh menyumbang sebanyak 120 juta kit ujian yang lebih canggih dan mudah digunakan, dalam tempoh enam bulan.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
PERPUSTAM PERKASA BUDAYA MEMBACA MENERUSI WRUR
AYER LIMAU 11 September - Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) terus memperkasa budaya membaca dalam kalangan anak Melaka menerusi penganjuran...
INSENTIF BELANJA RAKYAT LEGAKAN GOLONGAN KURANG MAMPU
AYER LIMAU 11 September - Pemberian Insentif Belanja Rakyat yang disalurkan Kerajaan Negeri kepada golongan yang layak disifatkan amat bermakna...
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...

