
Mangsa kedua Lata Hammer ditemukan
KUANTAN, 30 Mac – Lelaki yang didakwa hilang semasa mandi di kawasan air terjun Lata Hammer, Bentong pada Ahad lepas, ditemukan lemas hari ini.
Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Haneef Abdul Hafidz, 22, dari Taman Selaseh Jaya, Batu Caves, Selangor dijumpai pada 10 pagi tadi.
“Mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Haneef antara dua yang didakwa hilang semasa beriadah di kawasan itu bersama sekumpulan rakan.
Mayat seorang lagi mangsa Hairul Zaman Abdul Jalil, 22, dari Kampung Changkat di Gombak, Kuala Lumpur bagaimanapun dapat ditemukan pada pukul 8.16 malam pada hari kejadian.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA REKOD 277 KES KEMALANGAN TEMPAT KERJA
AYER KEROH 19 Julai - Melaka merekodkan sebanyak 277 kes kemalangan di tempat kerja setakat Januari hingga Jun tahun ini,...
SUNGAI MELAKA BAKAL PECAH DUA REKOD BAHARU
DUYONG 19 Julai - Selepas mencipta rekod penghasilan 50,000 kuih onde-onde tahun lalu, Sungai Melaka sekali lagi bakal menjadi pentas...
PIALA KETUA MENTERI LAMBANG PENGHARGAAN BUAT WIRA MELAKA
SUNGAI UDANG 18 Julai - Sebanyak 16 pasukan badan beruniform termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal berentap dalam Kejohanan Sukan...
2 JIWA 1 HATI SATUKAN 4,000 RAKYAT, TENTERA DALAM SUKAN
SUNGAI UDANG 18 Julai - Kejohanan Sukan 2 Jiwa 1 Hati menjadi medan penyatuan kira-kira 4,000 peserta daripada pelbagai latar...
SUKAN JADI TRADISI BAHARU SATUKAN KELUARGA BESAR MELAKA – KM
SUNGAI UDANG 18 Julai - Lebih 6,000 peserta bakal memeriahkan Kejohanan Sukan 2 Jiwa 1 Hati dan Kejohanan Sukan Badan...
MELAKA BINA BANDARAYA SELAMAT, BERDAYA TAHAN
AYER KEROH 18 Julai - Setiap kemalangan di tempat kerja lazimnya tidak berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya bermula daripada risiko kecil...
