Sorting by

×

MASJID AL-MUHTADI MERCU TANDA PEMBANGUNAN SYIAR ISLAM DI RAMUAN CHINA BESAR

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER LIMAU 22 Ogos – Pembukaan secara rasmi Masjid Al-Muhtadi Ramuan China Besar, di sini, disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.

Turut berlangsung Majlis Kesyukuran Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025M/1447H yang diserikan dengan kehadiran pemimpin, pegawai kanan Kerajaan Negeri dan lebih 600 penduduk sekitar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, masjid baharu itu bukan sahaja menjadi mercu tanda komuniti setempat, malah berperanan memperkukuh syiar Islam dan menjadi pusat perpaduan masyarakat.

“Kerajaan Negeri percaya majlis ini bukan sekadar simbol kesyukuran atas limpahan rahmat Allah SWT, tetapi juga mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan pembangunan ummah secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadi Ramuan China Besar Melaka dan Majlis Kesyukuran Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025M/1447H di masjid berkenaan.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perumahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin dan lain-lain kenamaan.

Pada majlis itu turut diadakan penyerahan sumbangan kepada 19 penerima yang terdiri daripada mantan pegawai masjid, pegawai masjid yang masih berkhidmat serta warga emas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

434
Kongsi :
Previous post XPLORE VISTA I-PLUS PETRONAS PUPUK MINAT PELAJAR TERHADAP TVET
Next post PERZIM ANGKAT WARISAN MELAKA MENERUSI EKSPLORASI MUZIUM