Sorting by

×

MASUK MELAKA WONDERLAND HANYA RM30

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 20 Ogos – Taman tema air, Melaka Wonderland Theme Park menawarkan harga tiket promosi hanya RM30 bermula 23 hingga 25 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Seow Cheng Swee berkata, promosi tersebut adalah bersempena dengan Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-76.

Katanya, harga promosi RM30 tersebut terpakai untuk kategori dewasa dan kanak-kanak jika dibandingkan dengan harga normal pada hari minggu iaitu RM47.50 bagi dewasa dan RM41 kanak-kanak.

“Selain dengan harga yang berpatutan, para pengunjung turut dapat menikmati diskaun 20 peratus untuk aktiviti seperti ‘Lake Activities Paddle Boats’, Tube Ride dan Fish Feeding.

“Namun, had kemasukan hanya 2,000 orang sahaja, jadi kami menggalakkan orang ramai untuk membuat tempahan awal bagi menikmati promosi ini pada 23 hingga 25 Ogos ini.

“Sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-76, kami berbesar hati untuk meraikan hari istimewa tersebut dengan harga tiket yang murah,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2025 08 19 at 18.59.18

Terletak berhampiran Lebuh Ayer Keroh, Melaka Wonderland Theme Park adalah antara lokasi tumpuan pelancong di negeri ini yang memperoleh pelbagai pengiktirafan daripada badan dan agensi berkenaan.

Antara pengiktirafan diterima Melaka Wonderland Theme Park and Resort adalah daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) bagi ‘largest lighting event in water theme park’, ‘First lighting event in water theme park,’ dan ‘first theme park with halal certificate’.

Buat anda yang berminat untuk membuat tempahan awal, boleh hubungi 017-9930217 (Azri) atau 017-2332576 (Cik Khaleedah) dan 06-2313333/1119 (Pejabat).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

534
Kongsi :
Previous post PENDEKATAN TURUN PADANG MPHTJ TINGKAT TAHAP KESEDARAN PEMBAYAR CUKAI
Next post PATUNG MAINAN GEBU ‘MADE IN REMBIA’