MASYARAKAT DI HATI MPAG, SANTUNI ORANG KAMPUNG LONDANG

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

TANJONG BIDARA 14 September – Program Masyarakat Di Hati MPAG diteruskan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Masjid Tanah: Kampung Kita Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, bersempena WRUR DUN Tanjung Bidara Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) turun padang menyantuni komuniti di Kampung Londang, Masjid Tanah.

Katanya, kali ini MPAG memilih kediaman Dzulkifli Mohd Said, 71, bagi melaksanakan kerja-kerja penggantian sistem pendawaian elektrik yang sudah berusia, sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan penghuninya.

“Tidak lupa juga MPAG turut menyampaikan sumbangan kepada sembilan orang penerima dalam kalangan golongan kurang berkemampuan di kampung ini.

“Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab terhadap DUN Tanjung Bidara, MPAG bukan sekadar menyediakan fasiliti secukupnya tetapi bersama-sama pemimpin turun padang bagi menyantuni dan meringankan beban hidup komuniti dalam kesukaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Masyarakat Di Hati MPAG bersempena WRUR Parlimen Masjid Tanah: Kampung Kita Peringkat DUN Tanjung Bidara yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Kampung Londang, di sini, hari ini.

Zulkiflee berkata, WRUR juga digunakan oleh MPAG untuk mendapatkan maklum balas, pandangan dan mengenal pasti masalah komuniti yang mungkin terpinggir atau dianggap kecil bagi sesetengah pihak.

“Perkara ini bukan sahaja melibatkan MPAG tetapi semua PBT seluruh Melaka, kita tidak mahu masalah yang sebenarnya menyulitkan kehidupan rakyat dibiarkan kerana dianggap biasa atau tidak ada aduan dibuat secara rasmi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

281
Kongsi :
Previous post KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI PRODUK EDUPERLANCONGAN UNIK MELAKA
Next post MELAKA ANGKAT ILMU FALAK SEBAGAI AGENDA TVET