
Matta Fair Melaka lepasi sasaran, raih RM12 juta nilai jualan
AYER KEROH 22 Oktober – Sebanyak RM 12 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel diraih pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka yang berlangsung pada awal Oktober lalu di pusat beli-belah Mahkota Parade.
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata secara keseluruhan pameran itu dilihat berjaya dan mencapai sasaran.
Katanya, kira-kira 22,000 pengunjung yang hadir ke pameran Matta Fair Melaka yang berlangsung selama dua hari itu.
“Kita sasarkan jualan hanya RM 10 juta, dan kita mampu meraih sehingga RM 12 juta, saya kira ini satu momentum kearah pemulihan sepenuhnya aktiviti pelancongan di Melaka.
“Pameran ini disertai 58 pempamer, terdiri daripada 47 peserta iaitu entiti pelancongan, lima darinya adalah Pavilion Tourism Malaysia, lima lagi Pavilion Tourism Pahang dan empat gerai pameran Pavilion Tourism Melaka.
“Dengan kejayaan di Matta Fair Melaka ini, kita harapkan akan memakmurkan ekonomi negeri sekaligus menghidupkan kembali industri pelancongan negeri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:


Berita Lain
TABIKA, TASKA PERPADUAN LAHIRKAN ANAK-ANAK LEBIH BERKEYAKINAN
AYER KEROH 27 November - Pendidikan awal dilaksanakan di Tabika Perpaduan amat penting sebagai persediaan kanak-kanak sebelum melangkah ke tahun...
IMAM PARLIMEN, DUN MESTI TURUN PADANG, SELARAS PROGRAM MASJID
BUKIT PALAH 27 November - Peranan imam Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diperkasakan lagi, khususnya dalam menyelaras penganjuran program menghidupkan...
SEGERAKAN PROJEK SUKAN TERTANGGUH, KOMPLEKS BEMBAN JADI KEUTAMAAN
SERI NEGERI 27 November - Kerajaan Negeri akan meneliti dan menyusul status pelaksanaan beberapa projek kemudahan sukan di bawah peruntukan...
MPJ BERTINDAK, PEMILIK LEMBU BERKELIARAN KENA 7 KOMPAUN
JASIN 26 November - Tujuh ekor lembu yang berkeliaran di kawasan awam sekitar Bulatan Serkam, Bemban hingga Bandar Botani Parkland...
MEDIPULIH SUMBANG TENAGA, KHATANKAN 50 ANAK ASNAF
AYER KEROH 26 November - Klinik MediPulih memperuntukkan lapan petugas perubatan bertauliah bagi melaksanakan prosedur khatan percuma terhadap 50 anak...
LIMA TAHUN MENGENAL ISLAM, NUR IZZAH SYUKUR DIJEMPUT KE TANAH SUCI
PENGKALAN BATU 26 November - Hampir lima tahun mengenali dan menghayati Islam, saudara baharu, Nur Izzah Aisyah Jifson Jiff, 27,...
