MAULIDUR RASUL: MAIM SASAR HIMPUN 6,000 PESERTA

Masa Membaca:54 Saat

KOTA LAKSAMANA 27 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan penglibatan kira-kira 6,000 peserta bagi memeriahkan Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 1448H/2026M pada 25 Ogos 2026.

Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, sambutan bertemakan ‘MADANI Dihayati Ummah Diberkati’ itu akan dimulakan dengan perarakan dari Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit ke Pusat Islam Melaka, Bukit Palah bermula jam 7.30 pagi.

“Penyertaan masih dibuka kepada jabatan, agensi kerajaan, badan berkanun, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan serta orang awam yang ingin bersama-sama memeriahkan sambutan ini.

“Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran secara dalam talian menerusi kod QR disediakan, tarikh tutup penyertaan juga telah dilanjutkan sehingga 5 Ogos 2026,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas kelainan sambutan tahun ini, Shaifulfazlee berkata karnival yang lazimnya diadakan bersempena Maulidur Rasul tidak akan dianjurkan serentak berikutan tarikh sambutan yang terlalu hampir dengan Sambutan Hari Kebangsaan.

“Anugerah Maulidur Rasul akan disampaikan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negeri Melaka di Klebang pada 29 Ogos 2026 yang turut menampilkan Program Melaka Berselawat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

309
Kongsi :
Previous post HEBAT DENGAR SUARA RAKYAT PAYA RUMPUT, PERMUDAH PENYELESAIAN ADUAN