
Mayat wanita terdampar di Pantai Puteri
PANTAI KUNDOR 24 September – Mayat wanita yang lengkap berpakaian ditemui tertiarap di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mayat berkenaan ditemui di pantai berkenaan dalam keadaan tertiarap dan terbenam dalam pasir oleh orang awam kira-kira jam 8 pagi tadi.
Katanya, pemeriksaan awal terhadap mayat berkenaan mendapati tiada unsur kecederaan mahupun unsur jenayah berlaku.
“Kita sedang berusaha untuk mengenal identiti mangsa menerusi cap jari namun mangsa itu disyaki warganegara Malaysia berdasarkan mempunyai bekas suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG).
“Sebarang perkembangan baharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkaitan diminta tampil ke balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUDAH 16 TAHUN BERSARA, ZAID MASIH BERJIWA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 21 September - Sudah 16 tahun bersara sebagai guru, namun semangat mendidik dalam diri Zaid Md Saman, 72,...
MENARA TINJAU GAMIT ‘HIKERS’ TAWAN PUNCAK BUKIT GAPIS
ASAHAN 21 September - Aktiviti mendaki Bukit Gapis atau juga popular dengan panggilan Gunung Melaka kini lebih menarik dengan pembinaan...
TRADISI REWANG KENDURI RAKYAT IMBAU TRADISI DULU
TANJUNG BIDARA 21 September - Tradisi rewang kembali menghidupkan semangat gotong-royong apabila penduduk setempat berganding bahu menyediakan juadah untuk orang...
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 21 September - "Memang tidak sangka, ia luar biasa dan meriah," itu kata pengunjung Norhayati Abdul Rahman yang...
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
