
MBMB cemerlang bolot empat anugerah inovasi
BANDA HILIR 14 Julai – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah membuktikan kecemerlangan apabila merangkul empat anugerah pada majlis Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka Tahun 2022, di Hotel Holiday Inn, di sini, hari ini.
Anugerah itu diraih empat kumpulan Kumpulan Invovatif dan Kreatif (KIK) MBMB menerusi dua kategori yang dipertandingkan.
MBMB muncul johan bagi Kategori ICT Penambahbaikan menerusi Kumpulan Ingenieria Crew yang merealisasikan Projek Sistem Pemantauan Operasi Pam (SPOP) Advanced.
Selain itu, johan turut diraih MBMB bagi Kategori Bukan ICT Penciptaan Baru menerusi Kumpulan TMET bagi Projek Sistem Pejalan Kaki Automatik (SIPKA).
Kecemerlangan itu diteruskan apabila MBMB turut menyapu bersih gelaran naib johan dan tempat ketiga bagi kategori sama.
Naib johan menjadi milik Kumpulan IOT (Innovation of Tomorrow) menerusi projek Sistem Pengurusan Acara Elektronik (SPACE), manakala Kumpulan Q Thinkers meraih tempat ketiga bagi Projek QZEE box.
Semua anugerah yang diraih itu melayakkan MBMB membawa pulang hadiah kemenangan keseluruhan berjumlah RM15,000.
Anugerah-anugerah itu telah disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BERAS MELAKA: DARI SAWAH KE MEJA MAKAN RAKYAT
AYER KEROH 2 Oktober - Dari sawah yang diusahakan pesawah tempatan hingga ke meja makan rakyat, inisiatif Beras Melaka terus...
KES SELEWENG, TIPU PENGGUNA DI MELAKA MENURUN TAHUN INI
AYER KEROH 2 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka terus memperkukuh usaha melindungi...
ZIARAH KASIH DUN MACHAP JAYA TIDAK TERHENTI
MACHAP JAYA 2 Oktober - Lebih 800 keluarga telah disantuni penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee...
TVET LAHIR PENCIPTA TEKNOLOGI MESRA ALAM
AYER KEROH 2 Oktober - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar melahirkan tenaga mahir dalam pengendalian mesin...
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
