MBMB diaudit, tingkat perkhidmatan efisien kepada warga Bandaraya

Masa Membaca:54 Saat

BANDARAYA MELAKA 2 Julai – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selesai menjalani proses pengauditan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) yang dijalankan pada 30 Jun lalu.

Proses audit yang dijalankan itu bertujuan bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisen dan berkualiti kepada masyarakat.

Seramai tujuh panel hadir untuk melaksanakan penilaian SPB-PBT itu yang telah diketuai Pengarah Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan Nur Halimah Mohd Yusoff.

Kehadiran panel penilai itu disambut Setiausaha Bandaraya Sulaiman Atan dan diiringi Ketua-ketua Jabatan, Pegawai Kanan selain turut disambut pasukan beruniform MBMB.

Sebanyak empat kriteria utama melibatkan 17 indikator telah dinilai melibatkan kriteria pengurusan organisasi, perkhidmatan teras bandaraya, pengurusan pelanggan dan penglibatan komuniti.

Panel penilai turut turun padang bagi memastikan pelaporan adalah setara seperti yang telah dibentangkan.

Antara lokasi yang terlibat adalah Kiosk Bayaran MBMB, Projek Inovasi MBMB – Sistem Pejalan Kaki Automatik (SPiKTRA-M), Sistem Pemantauan Operasi Pam MBMB (SPOP), Bilik Kawalan CCTV MBMB, SDG Park di Sungai Melaka Fasa 2 serta Kebun Kejiranan di Kota Laksamana.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1115
Kongsi :
Previous post The World View of Harun Aminurrashid, Creator of Panglima Awang
Next post Dulu ikan buangan, kini malong sudah ada ‘harga’
Ubah saiz-+=