
MBMB naik taraf lima lintasan pejalan kaki
BANDA HILIR 16 Ogos – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam usaha menaiktaraf lima lintasan pejalan kaki sekitar Bandaraya Melaka.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, lintasan pejalan kaki baharu ala zebra itu merupakan Sistem Pejalan Kaki Automatik (SiPKA) yang menekankan aspek OKU.
“Ini salah satu Projek Inovatif dan Kreativiti yang mengabungkan Teknologi WPD (Wireless Pedestrian Detection) yang ditambah dengan sinar inframerah dalam teknologi lampu isyarat bagi menggantikan sistem ‘push button’.
“Di mana kehadiran pejalan kaki dikesan secara automatik tanpa menekan ‘push button’ di lampu isyarat tersebut,” katanya kepada MHI.
Katanya, lima lokasi itu di Dataran Pahlawan-Hatten Hotel, Menara Taming Sari, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Kampus Bandar, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kubu dan Jalan Ong Kim Wee.
“SiPKA juga dilengkapi dengan ‘pelican crossing’, ‘LED Bar Pedestrian’ serta ‘stop line’.
“Projek ini merupakan sebahagian daripada RT MBMB 2035 di bawah teras infrastruktur dan ‘smart city’ di bawah teras ‘smart living’,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
