MBMB terima dua anugerah MBOR pada Pesta Gendang Nusantara

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 7 Januari – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima dua anugerah pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record (MBOR) pada penganjuran Pesta Gendang Nusantara.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, anugerah diterima membabitkan kategori ‘Gendang Nusantara’ Performance dan Most Performers In A ‘Gendang Nusantara’ Performance.

Kata beliau, pengiktirafan itu merupakan satu pencapaian membanggakan buat Negeri Melaka dan dianggap sebagai satu permulaan yang amat positif bagi tahun 2024.

“Pesta Gendang Nusantara ini merupakan platform terbaik buat Melaka bagi menghidupkan kekayaan seni budaya bangsa di Nusantara, seiring dengan pendekatan Kerajaan Negeri yang mahu memartabatkan Melaka sebagai negeri berbudaya.

“Besar harapan saya agar Pesta Gendang Nusantara ini dapat dinjurkan lagi pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai peserta seluruh dunia, sekali gus mengangkat identiti muzik tradisional di negeri ini untuk kekal relevan dan diwarikan kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persembahan Perdana Pesta Gendang Nusantara di Dataran Bandaraya MBMB, di sini malam tadi.

Majlis Perasmian Pesta Gendang Nusantara itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari.

Hadir sama Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Pesta Gendang Nusantara bermula 2 Januari lalu melabuhkan tirai semalam, acara antarabangsa itu dijayakan 31 kumpulan membabitkan 560 peserta tempatan dan luar negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1396
Kongsi :
Previous post 10,000 saksikan Persembahan Perdana Pesta Gendang Nusantara
Next post 31 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi di ibu kota
Ubah saiz-+=