Sorting by

×

Media tradisional disaran “upskill” dan “reskill” tenaga kerja

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

KUALA LUMPUR 11 Sept. –  Media tradisional perlu melaksanakan reskilling dan upskilling tenaga kerjanya dalam meningkatkan kreativiti bagi memperkasa medium itu, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Suriani Ahmad.

Beliau berkata ini penting memandangkan landskap media berubah secara drastik dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dengan perubahan ketara dilihat dari segi klasifikasi pekerjaan, aliran kerja, sistem penjanaan kandungan, respons dan perniagaan.

“Saya ingin melihat di mana teknologi membuka teknik-teknik baharu bagi forum pembelajaran untuk kita melebarkan sayap dan terlibat dalam kreativiti kerana anda tidak boleh mengambil sumber luar kreativiti dan kemahiran teknikal masih relevan,” katanya.

Menurut Suriani, komunikasi dan kreativiti mampu meningkatkan pengetahuan yang perlu untuk mendepani masa-masa sukar yang tidak pernah dilalui sebelum ini.

Beliau berkata demikian sebagai ahli panel pada webinar serantau mengenai wanita menerajui masa depan baharu, anjuran Institut Asia Pasifik bagi Pembangunan Penyiaran (AIBD) yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Komunikasi dan Multimedia semalam.

Ahli panel lain termasuk Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (UN-ESCAP) Dr Armida Salsiah Alisjahbana, Menteri Kesatuan bagi Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak dan Tekstil India  Smriti Zubin Irani dan Datuk Bandar Davao City di Filipina Sara Duterte.

Sementara itu, Suriani berkata Perbadanan Data Antarabangsa (IDC) mendedahkan unjuran industri teknologi maklumat sedunianya bagi 2019 dan tahun seterusnya menunjukkan 60 peratus daripada keluaran dalam negara kasar akan didigitalkan dengan pertumbuhan setiap industri dipacu oleh penawaran, operasi dan hubungan yang dipertingkat secara digital menjelang 2022.

– BERNAMA

Views:

499
Kongsi :
Previous post Pelajar kurang ceburi STI, hanya capai 40 peratus
Next post Sumbangan kebajikan RM40,000 disalurkan buat bekas polis
Ubah saiz-+=