
Mekanik didakwa bunuh teman wanita
Tertuduh, Amirul Amin Amirruddin,19, didakwa membunuh Nurul Shahira Abdullah, 24, di sebuah rumah di Lorong Haji Mahat, Kampung Sri Pandan, di sini pukul 7.18 malam pada 24 Ogos lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noorjidah Mohd Jusan.
Amirul Amin didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hanis Zulkapli, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Norazihan Adnan dan Althea Suraya Rahmat.
Mahkamah menetapkan 26 Okt ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat, forensik dan asid deoksiribonukleik (DNA).
Pada 25 Ogos lepas, media melaporkan seorang wanita berusia 24 tahun ditemukan mati dipercayai akibat ditekup menggunakan bantal oleh kekasihnya di sebuah rumah di Kampung Sri Pandan, Klang.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HARGAI JASA GURU, KAGUMI SEMANGAT KEBERSAMAAN ORANG MASJID TANAH
LENDU 19 April - Pendidikan adalah nadi kepada pembangunan sesebuah bangsa dengan guru sebagai penggerak utama dalam memastikan kemenjadian pelajar...
HOSPITAL ALOR GAJAH RAIH PENSIJILAN MSQH PERTAMA
ALOR GAJAH 19 April - Hospital Alor Gajah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memperoleh pensijilan Malaysian Society for Quality In...
PPBAPM MELAKA WIRA KOMUNITI TAK DIDENDANG
KOTA LAKSAMANA 19 April - Persatuan Pegawai-Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (PPBAPM) Melaka terus komited menjadi antara badan yang...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026 BERLANGSUNG 4 BULAN, JELAJAH 3 DAERAH
DUYONG 19 April - Festival Sungai Melaka 2026 akan berlangsung lebih meriah dengan pelbagai pengisian menarik bakal diadakan selama empat...
MELAKA SANJUNG JASA GURU SRA JAIM PACU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN AGAMA
AYER MOLEK 19 April - Peningkatan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di Negeri Melaka saban tahun mencerminkan komitmen tinggi...
PROMOSI RANCAK, EKONOMI PELANCONGAN MELAKA TERUS BERKEMBANG
BANDA HILIR 19 April - Kepelbagaian promosi membabitkan produk pelancongan di negeri ini dilihat berjaya merancakkan lagi ekonomi sektor tersebut...

