Melaka anjur Ekspo Rumah Mampu Milik 3-5 Jun depan
AYER KEROH 18 Mei – Kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) bakal menganjurkan Ekspo Rumah Mampu Milik (RMM) Tahun 2022.
Ekspo berkenaan bakal berlangsung di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bermula 3 hingga 5 Jun depan.
Pengarah Eksekutif LPM Mohd Salleh Hamidom berkata, ekspo berkenaan bakal disertai seramai 16 pemaju, selain turut menampilkan Melaka Finance House dan Institusi Perbankan.
Jelasnya, objektif utama penganjuran ekspo berkenaan adalah bertujuan untuk memudahkan pembeli khususnya dalam kalangan B40 dan M40 mendapatkan rumah idaman mereka dengan tawaran harga mampu milik.
“Pengunjung yang hadir ke ekspo ini dapat melihat sendiri kelayakan mereka kerana kita turut menyediakan kemudahan semakan pinjaman oleh bank dan Melaka Finance House.
“Menariknya, ekspo ini akan menawarkan pelbagai jenis rumah mampu milik berharga RM180,000 ke bawah dan rumah kos sederhana rendah dengan harga RM100,000-RM120,000.
“Selain itu, ia turut menyediakan tawaran Rumah Belia yang menawarkan rebat sehingga RM30,000 dan rumah mampu milik (sebuah) di bawah kelolaan Melaka Finance House,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PELUANG DAPAT PENDEDAHAN, MOHON SIJIL HALAL DI MIHF’24
AYER KEROH 13 Disember - Usahawan tempatan bercadang mahu mendapatkan hak pensijilan halal bagi produk masing-masing boleh mendapatkan maklumat lanjut...
PENGHANTAR TUMBUHAN HIASAN DITAHAN SELUDUP PELBAGAI JENIS TUMBUHAN BERNILAI RM4.5 JUTA
KOTA BHARU 14 Disember - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis tumbuhan hiasan termasuk orkid...
TH SANTUNI PENUNTUT UNIMEL
KUALA LINGGI 14 Disember - Pelbagai inisiatif dilaksanakan pihak pengurusan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dalam usaha membantu meringankan beban penuntutnya...
PERKUKUH SINERGI KERJASAMA MELAKA, PDRM
TANJUNG BIDARA 14 Disember - Hubungan akrab antara Kerajaan Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu membentuk kesepaduan dalam memperkukuh...
19 NEGARA SERTAI FESTIVAL HALAL ANTARABANGSA MELAKA 2024
AYER KEROH 13 Disember - Pemain industri halal dari 19 negara luar mahu menjadikan Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF'24)...
TIGA PEKERJA KONTRAKTOR MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK
KOTA KINABALU 13 Disember - Tiga pekerja kontraktor maut akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja pemasangan alat solar di...