Melaka cadang bawa pelajar ‘nakal’ duduk dalam penjara – Dr Akmal

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

BANDA HILIR 31 Mac –  Pelajar yang dikenal pasti mempunyai masalah disiplin dan sosial yang kritikal dicadang untuk dibawa merasai sendiri pengalaman duduk di dalam penjara, kata EXCO Kesihatan dan Antidadah Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata, cadangan itu merupakan antara usaha ‘reverse psychology’ yang dilakukan bagi mengurangkan masalah sosial dalam kalangan pelajar yang semakin meningkat pada ketika ini.
Ujarnya, perkara itu akan dibincangkan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
“Kita melihat bahawa masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah semakin meningkat.
“Jadi dengan membawa mereka rasai sendiri pengalaman berada dalam penjara di Muzium Penjara ini sedikit sebanyak dapat mengubah psikologi mereka.
“Ini supaya mereka tahu bila membuat salah mereka (pelajar) akan di hukum di penjara dan tiada lagi kebebasan diberikan.
“Kita bawa ke sini bukan setakat pelajar dapat belajar tapi boleh merasai sendiri duduk di dalam sel selama 20 minit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pameran Metamorfosis Di Sebalik Tembok di Muzium Penjara di sini, hari ini.
AKMAL melihat demostrasi sebatan pada Pameran Metamorfosis Di Sebalik Tembok di Muzium Penjara, Bandar Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman
Ujarnya, dengan suasana penjara yang sempit serta gelap sudah tentu mengubah pemikiran pelajar untuk mencegah dari melakukan perkara yang tidak baik.
“Sebab dalam tu keadaan yang sempit dan gelap, usaha ini boleh mengubah pemikiran anak-anak ini sebab kalau kita guna kaedah merotan mereka ia kurang  berkesan.
“Tapi kalau kita psiko dia sendiri, kita bawa dia sendiri rasa  bagaimana kalau dia buat salah duduk dalam penjara dia lihat bagaimana org kena sebat… saya percaya ia dapat mengubah persepsi pelajar itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1483
Kongsi :
Previous post Perlis tiada perancangan eksport ketum
Next post Penyanyi nasyid didakwa tanam 17 pokok ganja, edar dadah
Ubah saiz-+=