Sorting by

×

Melaka gamit memori indah Siti Nurhaliza

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Januari – Melaka disifatkan sebagai negeri nostalgia penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengimbau kenangannya mencorak kejayaan dalam industri seni tanah air.

Menurutnya, setiap kali datang ke negeri ini sudah pasti kenangan penggambaran video klip pertamanya iaitu Cindai mengimbau 1,001 kenangan manis baginya.

“Bila datang Melaka yang penuh dengan sejarah ini ia mengimbau kenangan saya ketika melaksanakan rakaman video klip pertama saya iaitu lagi Cindai ketika itu.

“Banyak tempat menarik telah dirakamkan ketika itu seperti di sekitar A’ Famosa, di Rumah Melaka dan pengalaman menaiki kereta lembu.

“Insya-Allah kalau diberi peluang dan berkesempatan saya akan melawat semula ke semua lokasi-lokasi ini satu hari nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas mengadakan persembahan pada sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 dan Ambang Tahun Baharu 2024 di Dataran Pengkalan Rama, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata keindahan Melaka tidak dapat disamakan seperti negeri-negeri lain terutamanya keunikan yang ada di sepanjang Sungai Melaka.

“Apabila saya lihat banyak kedai kedai yang menarik di sepanjang Sungai Melaka, pada saya memang padan gelaran Melaka itu disebut sebagai ‘Venice Of The East.

“Sebenarnya banyak lokasi-lokasi menarik Melaka, saya memang teringin nak naik beca Melaka sebab nak cuba pengalaman berjalan meronda di sekitar Bandar Melaka tapi tidak berkesempatan kerana masa tidak mengizinkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4906
Kongsi :
Previous post Persembahan kebudayaan buka tirai TMM2024
Next post Melaka layan pelancong seperti tetamu – Exco
Ubah saiz-+=