Sorting by

×

‘MELAKA LAKSANA’, ‘MELAKA MONITOR’ PANTAU INISIATIF BAJET 2026

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SERI NEGERI 27 April – Sebanyak dua sistem kawalan bersepadu digunakan Kerajaan Negeri bagi memantau inisiatif Bajet 2026 Negeri Melaka yang telah dibentangkan hujung tahun lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kedua-dua sistem itu juga diwujudkan bagi memastikan kesemua inisiatif itu berkesan dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Jelas beliau, Melaka Laksana merupakan sistem yang dapat meneliti secara menyeluruh dan prestasi pelaksanaan inisiatif dan projek yang dirancang.

“Melaka Laksana ini merupakan sistem yang dibuat secara sistematik, telus dan berdasar data semasa bagi memastikan inisiatif-inisiatif ini memberi impak secara terus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan tambahan Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana) pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri berkata, bafgi sistem Melaka Monitor pula, ia membolehkan Exc-Exco Kerajaan Negeri memantau status pelaksanaan inisiatif secara terperinci, termasuklah dalam aspek punca pembiayaan dan lain-lain.

Ujar beliau, ia secara tidak langsung membantu memperkukuh sistem kewangan dan memastikan perbelanjaan itu disalur secara optimum demi rakyat.

“Pada masa sama, status pelaksanaan dan inisiatif Bajet 2026 juga dipantau rapi setiap Exco Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Post-Exco masing-masing.

“Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh tadbir urus dalam memastikan Bajet 2026 dilaksana secara berkesan, telus dan berimpak tinggi,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

231
Kongsi :
Previous post MELAKA HAMPIRI STATUS ASPIRING GEOPARK, KOMITMEN PACU PELANCONGAN WARISAN GEOLOGI
Next post MELAKA CADANG WUJUD SKIM CARUMAN PERKESO KHAS NELAYAN