Melaka pastikan capaian 5G menyeluruh dalam tempoh 7 tahun

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 12 Oktober – Menyedari kepentingan dunia digital, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, mahu seluruh Negeri Melaka menikmati kemudahan capaian 5G menjelang tahun 2030.

Ab Rauf berkata, tempoh masa tujuh tahun bermula 2023 menjadi pemangkin dalam merealisikan hasrat tersebut sekali gus menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri digital dan negeri pintar.

Menurutnya, sepanjang tempoh sama Kerajaan Negeri juga mahu capaian internet gentian optik ke seluruh Negeri Melaka diperkemas dan diperluaskan lagi.

“Fokus utama kita ialah untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri digital, kita ada tujuh tahun lagi untuk merealisasikan perkara ini. Ketika ini Negeri Melaka menerima tawaran-tawaran daripada syarikat-syarikat infrastruktur komunikasi yang bersama-sama memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri.

“Malah, kita sedang mempertimbangkan bersama syarikat-syarikat ini untuk memastikan capaian internet gentian optik juga dapat diperluaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Persidangan Antarabangsa dan Ekspo Smart Melaka 2023 (SMIX2023) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings (MITCH) Sdn. Bhd. Dr. Nazdiana Ab Wahab, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

651
Kongsi :
Previous post MyFuturejobs : Lebih 4,000 jawatan kosong ditawarkan
Next post Sistem tanpa tunai diperluaskan ke seluruh bidang keusahawanan di Melaka
Ubah saiz-+=