Sorting by

×

Melaka perlu jadi perintis guna sistem tenaga solar

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 8 Ogos – Micro Energy Holdings (M) Sdn Bhd memilih Melaka untuk menjadi perintis bagi Projek Jana Elektrik Melalui Tenaga Suria yang dicetuskan.

Pengerusinya Tan Sri Dr. Abdul Aziz Jaafar (Bersara) berkata,
inisiatif itu membolehkan pejabat kerajaan di Melaka memasang dan menggunakan sistem tenaga solar tanpa mengeluarkan kos.

“Kita turut bekerjasama dengan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), pelaburan dilakukan Micro Energy Holdings (M) Sdn Bhd untuk projek ini tidak membabitkan sebarang kos kepada kerajaan negeri.

“Projek ini akan membantu pejabat-pejabat kerajaan menjimatkan bil elektrik secara tahunan sebanyak 10 hingga 20 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Penjanaan Tenaga Boleh Diperbaharui Solar Fotovolta Dan Majlis Menandatangi Pertukaran Surat Niat antara Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan Micro Energy Holdings Sdn. Bhd di Hotel Amverton, semalam.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Wira Ar Ismail Othman mewakili Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali.

Hadir sama, Ketua Pengarah Eksekutif PTHM Prof Datuk
Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Jelasnya, projek menggunakan tenaga teknologi hijau itu sekali gus mengurangkan pelepasan gas rumah hijau tanpa memberi beban kos kepada kerajaan negeri.

“Ia juga mewujudkan peluang pekerjaan untuk generasi muda di Melaka membantu meningkatkan dan memperkukuhkan sektor ekonomi negeri.

“Pihak kami optimis bekerjasama dengan PTHM memacu negeri ini ke arah negeri perintis dalam menjana tenaga elektrik melalui tenaga suria secara glokal,” katanya.

Views:

986
Kongsi :
Previous post Ketua Menteri bertemu penduduk Rim
Next post Program NFCP perlu diperluaskan
Ubah saiz-+=