Program NFCP perlu diperluaskan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

MERLIMAU 8 Ogos – Kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan sekaligus berbincang dengan syarikat telekomunikasi utama bagi memperhalusi kaedah capaian internet yang maksima bagi penduduk luar bandar di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri Datuk Roslan Ahmad berkata, menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
, beliau meminta syarikat telekomunikasi utama untuk menyediakan perancangan memaksimakan capaian internet di seluruh negeri terutama bagi keperluan penduduk luar bandar.

Katanya, pihaknya akan merujuk kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi mendapatkan perincian lanjut mengenai Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) untuk diperluaskan di negeri ini.

“Difahamkan projek perintis bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah bermula di Jasin Melaka tetapi kita akan berurusan dengan KKMM terlebih dahulu bagi mendapatkan keseluruhan perancangan NFCP ini supaya kita dapat memaksimakan capaian internet khususnya bagi penduduk luar bandar.

“Program seumpama ini perlu diperluaskan dan ia bagus kerana rakyat pada masa kini memerlukan capaian internet yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) pada Hari Bertemu Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Balai Raya Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung (JPKK) Merlimau Barat.

Roslan berkata, sekiranya pelan perniagaan itu berjaya diperluaskan, beliau yakin ia dapat memenuhi keperluan penduduk luar bandar untuk mendapatkan maklumat di hujung jari dengan pantas.

“Menerusi NFCP ini, ia juga dapat meringatkan beban ibu bapa untuk mendapatkan kemudahan akses internet bagi pendidikan anak-anak seperti membuat kerja rumah, ‘assignment’ (tugasan) dan sebagainya terutamanya ketika negara berdepan dengan pandemik Covis-19,” katanya.

Views:

253
Kongsi :
Previous post Melaka perlu jadi perintis guna sistem tenaga solar
Next post Penduduk berbesar hati Ketua Menteri santuni rakyat
Ubah saiz-+=