
Melaka putuskan SOP operasi pasar terbuka Rabu ini
AYER KEROH 15 Jun – Kerajaan negeri bakal memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) bagi operasi pasar terbuka seperti pasar pagi, pasar malam dan pasar tani pada Rabu ini.
Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata SOP tersebut akan diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan akan diberikan kepada pihak penganjur pasar terbuka berkenaan.
Beliau berkata peniaga pasar terbuka boleh berniaga mulai hari ini seperti diumumkan kerajaan pusat namun adalah lebih baik jika peniaga tersebut menunggu sehingga SOP berkaitan dikeluarkan kerajaan negeri.
“Pembukaan semula pasar pagi, pasar malam dan pasar tani memang kita dah benarkan seperti peringkat pusat umumkan.
“Cuma Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu jumpa penganjur untuk faham sendiri berapakah jumlah penjaja, peniaga yang ada di bawah anjuran mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Kempen ‘Dream Now, Travel Later’ dan Aplikasi Pelancongan Rasmi Negeri Melaka iaitu ‘Melaka eXcess’ di Seri Negeri, hari ini.
Sulaiman meminta semua peniaga pasar terbuka bersabar sehingga SOP dimumkan sedikit masa lagi bagi menjamin kesihatan mereka dan pengunjung.
“PBT akan edarkan SOP kepada penganjur, InsyaAllah dalam minggu ni kita akan edarkan.
“Saya harap semua penganjur dan peniaga patuhilah SOP tersebut,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA PENTAS SEJARAH, PERADABAN DUNIA – AB RAUF
AYER KEROH 26 September - Melaka mungkin kecil pada peta, namun mempunyai kedudukan besar dalam lembaran sejarah dunia, khususnya dalam...
VATICAN CITY SIMPAN RAHSIA SEJARAH HANG TUAH
AYER KEROH 26 September - Vatican City dikatakan menyimpan satu rahsia sejarah yang berpotensi membuka lembaran baharu mengenai Laksamana Hang...
‘LANGIT YANG SAYA JUNJUNG IALAH KEDAULATAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA’ – AB RAUF
AYER KEROH 26 September - Kedaulatan dan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas perjuangan Kerajaan Negeri untuk mengembalikan Melaka sebagai...
PERLEMBAGAAN TIDAK BOLEH DIBACA SECARA ‘À LA CARTE’
AYER KEROH 26 September - Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dibaca secara ‘à la carte’ dengan hanya mengambil peruntukan yang menyebelahi...
PENYATUAN UMMAH PERLU DIUSAHAKAN, PERBEZAAN PARTI JANGAN HALANG KESEPAKATAN
AYER KEROH 26 September - Gerakan penyatuan ummah perlu terus diusahakan supaya perbezaan parti politik tidak menjadi penghalang kepada kesepakatan...
TPM GARIS TIGA LANGKAH PERKUKUH KEFAHAMAN SEJARAH, KEHARMONIAN NEGARA
AYER KEROH 26 September - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan tiga perkara utama bagi...

