
Melaka sedia hantar misi bantuan pasca banjir ke Pahang
AYER KEROH 11 Jan. – Kerajaan negeri bersedia menggerakkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini bagi misi bantuan sukarelawan banjir ke kawasan terjejas di Pahang dalam masa terdekat.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali berkata,misi bantuan itu adalah inisiatif prihatin terhadap negeri itu yang terjejas ekoran banjir sejak awal bulan ini.
Katanya PBT yang terbabit adalah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).
“Misi bantuan ini akan diketuai Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman.
“Perkhidmatan dan bantuan yang akan dihulurkan adalah khidmat pembersihan pasca banjir di kawasan yang terjejas di Pahang dan akan diputuskan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu dan Pra Pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan.
Program yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) pagi tadi disertai kira-kira 400 penjawat awam terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan agensi negeri.
Views:
Related


Berita Lain
MTSB GILAP BAKAT CILIK MELALUI KEJOHANAN RAGBI PIALA TOK AJAK 2026
TELOK MAS 21 Jun - Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) komited mencungkil dan menggilap bakat muda dalam sukan ragbi menerusi...
LIMA TAHUN TOK AJAK, 328 PROJEK PEMBANGUNAN DIBAWA KE TELOK MAS
TELOK MAS 21 Jun - Dalam tempoh lima tahun diberi mandat oleh rakyat memimpin Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas,...
TOK AJAK TERHARU SOKONGAN PADU ORANG TELOK MAS
TELOK MAS 21 Jun - Sambutan luar biasa yang diterima sepanjang seminggu berlangsungnya Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR BERJAYA SELESAI 2,633 ADUAN RAKYAT
TELOK MAS 21 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) terbukti membawa impak besar dalam aspek kesejahteraan masyarakat apabila...
KOTA MELAKA TERIMA PROJEK PEMBANGUNAN RM495 JUTA DALAM TEMPOH 3 TAHUN
TELOK MAS 21 Jun - Dalam tempoh tiga tahun bermula dari 2023 hingga 2026, sebanyak 20 projek pembangunan bernilai hampir...
KENAPA PERLU ADA WRUR? TOK RAUF BERI JAWAPAN…
TELOK MAS 20 Jun - Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan sekadar sebuah program mendekati rakyat, bahkan ia menjadi platform...
