Sorting by

×

WRUR BERJAYA SELESAI 2,633 ADUAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

TELOK MAS 21 Jun – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) terbukti membawa impak besar dalam aspek kesejahteraan masyarakat apabila berjaya menyelesaikan lebih 65 peratus aduan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 2,633 daripada 4,027 aduan yang disalurkan sepanjang 19 siri penganjurannya.

Jelas beliau, bagi Kerajaan Negeri, kejayaan sebenar WRUR bukan diukur melalui jumlah program yang dianjurkan, tetapi melalui jumlah masalah rakyat yang berjaya diselesaikan.

“Apa yang lebih penting, semua aduan yang diterima tidak akan terhenti apabila program ini berakhir. Saya telah mengarahkan setiap agensi berkaitan untuk terus memantau dan menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan sehingga tindakan sebenar dapat dirasai oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Kota Melaka: Kampung Kita DUN Telok Mas di Padang Bola Taman Seri Telok Mas, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Pengerusi Penyelaras WRUR Datuk Fairul Nizam Roslan serta barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Turut bersama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Adun Kesidang Allex Seah Shoo Chin; Adun Banda Hilir Leng Chau Yen serta lain-lain kenamaan.

Jelas Ketua Menteri, di Parlimen Kota Melaka sahaja, sebanyak 470 aduan telah diterima dan daripada jumlah tersebut, 31 aduan telah berjaya diselesaikan dalam tempoh pelaksanaan program.

“Manakala baki aduan sedang diproses mengikut bidang kuasa serta keutamaan pelaksanaannya,” tambah beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

435
Kongsi :
Previous post KOTA MELAKA TERIMA PROJEK PEMBANGUNAN RM495 JUTA DALAM TEMPOH 3 TAHUN
Next post TOK AJAK TERHARU SOKONGAN PADU ORANG TELOK MAS