Melaka tuan rumah ASEAN Cup International Regatta 2024

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 30 November – Buat julung kalinya Melaka bakal menjadi tuan rumah bagi acara sukan perahu layar iaitu ASEAN Cup International Regatta 2024 yang dicadangkan pada 21 hingga 27 Oktober tahun hadapan.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman memaklumkan penganjuran acara global itu akan diadakan di Encore, Klebang.

Katanya, ia akan melibatkan negara-negara luar antaranya Jepun, China, Korea, Hong Kong, Macau dan Taiwan.

“Baru-baru ini, saya bersama Bahagian Promosi Pelancongan (BBP) telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi Penganjur Regatta ASEAN 2024 bagi perbincangan untuk menganjurkan acara terbabit.

“Penganjuran ini secara tidak langsung merancakkan lagi sub–sektor pelancongan sukan negeri Melaka sekaligus menyemarakkan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.

Photo 2023 11 30 11 15 14Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Lim Ban Hong (BN-Klebang) mengenai cadangan Kerajaan Negeri menambah jumlah pelancong dengan mengadakan acara ‘Hot Air Balloon’ pada hari terakhir Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Razak turut memaklumkan Kerajaan Negeri telah menganjurkan Festival Layang-Layang Gergasi Melaka 2023 pada September lalu sebagai pengisian menarik pelancong ke Klebang.

“Bagi penganjuran Festival Layang-Layang ini juga akan diteruskan pada tahun hadapan sempena TMM2024 di kawasan Limbongan, Klebang sebagai lokasi tetap penganjuran program ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1598
Kongsi :
Previous post Lebih RM105 juta disalurkan untuk bantuan kebajikan
Next post 10 syarikat berminat melabur di Taman Perindustrian Jerman
Ubah saiz-+=