Melaka tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2023

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 9 Mei – Melaka terpilih menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Pahlawan pada 14 Mei ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain berkata, sambutan berkenaan bermula pada 11 hingga 21 Mei ini membabitkan penganjuran pelbagai program termasuk majlis tahlil dan doa selamat serta bacaan khutbah khas Jumaat di Masjid Al-Azim.

Katanya, kemuncak sambutan itu bagaimanapun diadakan pada 14 Mei dengan acara berkenaan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

“Pada sambutan kemuncak itu diadakan bermula jam 9 pagi yang mana dirasmikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri serta turut dihadiri Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan barisan tertinggi kementerian dan kepimpinan tertinggi JBPM.

“Selain itu, pada hari berkenaan kita juga ada perarakan 75 jenis jentera kebombaan yang diguna pakai dalam kebombaan serta perbarisan membabitkan keanggotan seramai 2,000 termasuk penampilan khas ‘Abang Sado’ daripada pelbagai unit.

“Kita juga ada pertunjukan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) serta ‘flying pass’ oleh empat helikopter di perkarangan udara dataran tersebut,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata susulan perarakan berkenaan, Jalan Parameswara ditutup pada Sabtu iaitu 13 Mei dan Ahad, 14 Mei bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Justeru itu, beliau mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk sama-sama memeriahkan sambutan itu dengan acara menarik ditampilkan sepanjang sambutan.

“Pelbagai acara menarik itu pastinya dapat memberikan pengalaman kepada para pengunjung yang hadir,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4021
Kongsi :
Previous post Naik taraf jeti Klebang Besar legakan nelayan
Next post Pantau kebersihan LTAM
Ubah saiz-+=