Menang Perodua Axia berkat baca doa makan

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

KOTA LAKSAMANA 7 April – “Sebelum memasukkan kupon cabutan bertuah ke dalam peti yang disediakan pihak penganjur saya baca doa makan. Saya yakin doa itu adalah doa pembuka rezeki.

“Alhamdulillah, berkat baca doa makan dapatlah kami sekeluarga beraya dengan Perodua Axia baharu tahun ini,” kata Zaini Abdullah 47, pemenang utama Peraduan Cabutan Bertuah dianjurkan Grand Ramadan Bazar (MELGRAB) 2024 di Jalan Hang Tuah.

Bagi Zaini, dia sekeluarga tidak menyangka akan menang dan menganggap berita gembira itu sebagai rezeki terpijak.

Katanya terdahulu dia ke bazar berkenaan untuk membeli dua pasang kurta bagi persiapan Aidilfitri buat suami Shamsul Afes Mohd Sahar, 48 dan anaknyaHaiqal Daniel, 17.

Whatsapp Image 2024 04 07 At 4.09.07 Am

ZAINI (dua kanan) dan ahli keluarga bergambar bersama dihadapan Perodua Axia baharu mereka.

Ibu kepada dua anak ini berkata, amat berbaloi berbelanja RM200 di bazar berkenaan selepas memenangi Perodua Axia menerusi cabutan bertuah.

Berkongsi kegembiraannya Zaini yang menetap di Duyong berkata, sejak tiga tahun lalu dia tidak melepaskan peluang untuk memasuki peraduan tersebut, meskipun tidak menang ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba.

“Saya memang maklum cabutan dilakukan pada 5 April, namun tidak terlalu berharap kerana tidak pernah menang, tetapi ketika baru bersiap untuk tidur pada jam 1.15 pagi saya terima panggilan.

“Apabila menjawab panggilan itu saya dengar bunyi sorakan orang ramai dan dimaklumkan pemanggil saya adalah pemenang Perodua Axia yang ditawarkan,” katanya.

Terdahulu, Zaini menerima replika kereta baharunya itu yang diserahkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, pada Majlis Perasmian Grand Ramadan Bazar (MELGRAB) 2024 di Jalan Hang Tuah, di sini, semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

177
Kongsi :
Previous post Kupang, kerang dari perairan Melaka dihentikan jualan di pasaran
Next post Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah
Ubah saiz-+=