
Menara Taming Sari dijangka kembali beroperasi Mac depan
BANDA HILIR 15 Feb. – Menara Taming Sari yang sebelum ini ditutup lebih lapan bulan dijangka beroperasi dan dibuka kepada orang ramai pada pertengahan Mac depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Bhd, Azlan Abidin berkata, operasi menara itu tergendala berikutan terpaksa menunggu alat ganti baharu bagi kerja naik taraf menara setinggi 110 meter itu.
Katanya, alat ganti yang diterbangkan khas dari Switzerland itu kini sudah selamat mendarat di Melaka dan kerja-kerja pemasangan sedang giat dijalankan.
“Kos keseluruhan bagi menaik taraf menara ini dianggarkan berjumlah RM2 juta.
“Kita telah maklumkan kerja-kerja naik taraf ini ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, hari ini.
“Insya-Allah pada pertengahan Mac, Menara Taming Sari akan kembali beroperasi dan dibuka kepada orang ramai, namun semuanya bergantung kepada arahan semasa kerajaan sepanjang tempoh pandemik COVID-19,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Untuk rekod, Menara Taming Sari yang menjadi antara ikon pelancongan Banda Hilir ditutup sejak 9 Julai tahun lalu, iaitu tidak sampai sebulan selepas ia kembali dibuka kepada orang ramai selepas PKP pertama.
Difahamkan, penutupan itu terpaksa dilakukan bagi kerja-kerja naik taraf menara berkenaan bagi memastikan perkhidmatan yang lebih baik di masa akan datang.
Views:
Related

Berita Lain
PROJEK PEMBANGUNAN UBAH WAJAH DUN SERKAM
SERKAM 5 Julai – Pelbagai projek pembangunan yang dirancang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam berjaya direalisasikan menerusi Program Wakil...
PERKEMBANGAN SEKTOR PELANCONGAN MELAKA BERI LIMPAHAN REZEKI KEPADA RAKYAT
BANDA HILIR 4 Julai - Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai inisiatif untuk terus memperkasakan sektor pelancongan supaya sektor itu bukan sahaja...
SEDEKAD PENGANJURAN MALAKKA DUTCH FESTIVAL
BANDA HILIR 4 Julai - Penganjuran Malakka Dutch Festival yang memasuki ulang tahun ke-10 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam...
FESTIVAL MASAKAN WARISAN MELAKA DAN MELAKA HERITAGE FESTIVAL 2026 SASAR 10,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 4 Julai - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung sepanjang penganjuran Festival Masakan Warisan Melaka dan...
220 ACARA MENARIK SEPANJANG TAHUN GAMIT PELANCONG KE MELAKA
BANDA HILIR 4 Julai - Festival Masakan Warisan Melaka dan Melaka Heritage Festival 2026 dilihat mampu memperkukuh kedudukan negeri ini...
KERAJAAN NEGERI TERUS PERKASA WARISAN KULINARI MELAKA
BANDA HILIR 4 Julai - Festival Masakan Warisan Melaka dan Melaka Heritage Festival 2026 yang dianjurkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...

