Sorting by

×

MPAG DIDIK MASYARAKAT JAGA KEBERSIHAN, HINDAR GANGGUAN LALAT

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

MACHAP JAYA 4 Julai – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) melancarkan Kempen Kawalan Infestasi Lalat Tahun 2026 bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kebersihan premis seliaannya selain mencapai sifat indeks lalat serta mengurangkan aduan berhubung serangga pembawa penyakit itu.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, kempen itu dilaksanakan secara bersepadu melibatkan MPAG, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Veterinar dan Badan Kawal Selia Air (BKSA).

Zulkiflee berkata, sejajar hasrat itu Gerai MPAG Felda Tun Ghafar Meng gong dipilih sebagai premis pelaksanaan kempen berkenaan.

“Pelbagai inisiatif dilaksanakan sepanjang tempoh kempen seperti kerja-kerja penyelenggaraan, baik pulih premis, program gotong-royong bersama komuniti dan pemeriksaan bersepadu di lokasi dikenal pasti berpotensi menjadi punca pembiakan lalat.

“Melalui program ini juga pelbagai pengisian disusun bagi memberikan manfaat kepada masyarakat termasuk menerusi sesi ‘pocket talk’,” katanya ketika berucap menyempurnakan Program Penutup Kempen Kawalan Infestasi Lalat Tahun 2026 anjuran MPAG di Dewan Terbuka Felda Tun Ghaffar Menggong, di sini, hari, ini.

Hadir sama Yang Dipertua MPAG Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim, Setiausaha MPAG Radzyma Mahat, Ahli-ahli Majlis MPAG, Wakil Jabatan dan agensi kerajaan serta komuniti setempat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning berkata, program seumpama itu membolehkan kempen infestasi lalat dilaksanakan dalam suasana mesra komuniti dan melibatkan seluruh lapisan masyarakat.

Bersempena program sama turut berlangsung pameran daripada agensi kerajaan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

463
Kongsi :
Previous post WRUR SERKAM: ISU GERAN TANAH 50 PENDUDUK TAMAN PONDOK INDAH HAMPIR SELESAI
Next post KERAJAAN NEGERI TERUS PERKASA WARISAN KULINARI MELAKA