Menara Taming Sari sedia beroperasi semula

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

 

BANDARAYA MELAKA 23 Jun – Pelbagai persediaan telah diambil pengurusan Menara Taming Sari (MTS) bagi memastikan kawasan itu ‘dihidupkan’ semula dengan pelbagai tarikan pelancongan sebelum sektor itu dijangka dibenar operasi penghujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MTS, Azlan Abidin berkata, bagi memastikan mercu pelancongan itu terus menjadi tarikan pelancong kawasan terbabit akan dibangunkan dengan elemen pencahayaan yang mengelilingi menara selain beberapa tarikan lain akan disediakan sebaik sektor itu dibuka.

“MTS akan dihiasi pantulan cahaya yang disuluh ke arah tiang menara sebagai daya tarikan pelancong malah di kawasan ini akan turut membuka cawangan Restoran Burger King dan Rumah Seram sebagai sumber pendapatan sampingan MTS menjalani operasi dalam pasca penularan COVID-19.

“Pelbagai langkah diambil MTS yang berdepan kira-kira 80 hingga 90 peratus kerugian setelah sektor pelancongan ditutup sejak Mac tahun lalu, dengan langkah pemasaran dan tawaran tiket yang dilanjutkan tempoh kepada pakej – pakej dari agensi pelancongan di Melaka.

“Menara Taming Sari cuma menanti hari dan bersedia untuk beroperasi semula setelah dua kejadian yang dialami iaitu penularan COVID-19 dan tempoh kerosakan enjin yang berlaku serentak membuatkan sektor ini terkesan dalam tempoh ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata, pihaknya berharap kerajaan negeri memberi tumpuan pelaksanaan program vaksinasi kepada pemain industri pelancongan Melaka sebelum sektor itu dibenar beroperasi.

Jelasnya, golongan terbabit terpaksa berdepan dengan kedatangan pelancong berikutan pembukaan sempadan dalam tempoh itu.

“Kita juga berharap penularan ini dilandaikan dan sekiranya ia mampu dicapai kita percaya tempoh jangkaan sektor ini akan beroperasi pada hujung tahun ini akan diawalkan dan memberi kesan baik kepada pemain industri bagi menjana pendapatan semula” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

520
Kongsi :
Previous post COVID: Kes baharu kembali meningkat dengan 5,244 kes hari ini- KP Kesihatan
Next post Penjawat awam ditahan, disyaki curi lembu menjelang Aidiladha
Ubah saiz-+=