Sorting by

×

MENARA TAMING SARI TERUS MENJADI TUMPUAN

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDA HILIR 1 September – Produk pelancongan popular Melaka iaitu Menara Taming Sari terus menjadi tumpuan pelancong terutama sepanjang cuti umum yang lalu.

Pelancong luar, memilih untuk menaiki menara ikonik itu bagi menyaksikan panorama dan keindahan Negeri Melaka dari ketinggian 110 meter.

Syafiqah Azman, 25, dari Pulau Pinang berkata, perlu menunggu agak lama dan beratur panjang bukan penghalang baginya untuk merasai pengalaman menaiki Menara Taming Sari.

Katanya, dia ke Melaka bersama empat ahli keluarga termasuk ibu dan ayahnya memilih untuk menaiki Menara Taming Sari bagi memenuhi hasrat adik bongsunya.

“Tidak rugi datang ke Melaka ini kerana banyak tempat yang boleh dituju termasuk menaiki Menara Taming Sari, sebelum ini hanya lihat di media sosial sahaja, sekarang berpeluang untuk menaiki bersama adik.

“Boleh dikatakan pengunjung agak ramai tetapi semuanya berjalan lancar, kakitangan Menara Taming Sari juga banyak membantu melancarkan urusan kami,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya, selain meluangkan masa di Taming Sari, dia dan keluarga turut ke Taman Rempah bagi menaiki Melaka River Cruise.

Sementara itu, bagi peniaga minuman, Syafiq Shahidin berkata, cuti panjang secara tidak langsung membantu menarik kedatangan lebih ramai pelancong berbanding hari cuti biasa.

“Kebanyakkan pengunjung yang datang adalah orang luar Melaka dan mereka merebut peluang untuk menaiki Menara Taming Sari.

“Dengan kedatangan pengunjung sebegini, ia sedikit sebanyak membantu kami para perniaga sekitar menjana pendapatan, adalah juga rezeki lebih,” katanya yang sudah dua tahun berniaga di situ.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

529
Kongsi :
Previous post MELAKA SEDIA EKSPORT UDANG SEJUK BEKU KE LUAR NEGARA
Next post PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA KEMBALI