Menara telekomunikasi Ayer Limau berfungsi sepenuhnya sebelum Aidilfitri

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER LIMAU 9 Mac – Syarikat pengendali telko memberi jaminan menara telekomunikasi yang siap dibina di Kampung Bukit Apit, di sini, akan beroperasi dan memberi liputan meluas kepada penduduk sekitar sebelum sambutan Aidilfitri.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, meskipun Kerajaan Negeri memberi tempoh sekurang-kurangnya empat bulan selepas penyerahan menara syarikat berkenaan komited mempercepatkan tempoh itu semata-mata memberi kualiti liputan terbaik buat penduduk.

Jelasnya, pembinaan menara itu mampu membawa satu perubahan baharu buat masyarakat Ayer Limau, sekali gus mampu mendukung hasrat Kerajaan Negeri dalam memastikan pendigitalan terutama dalam jaringan internet diperluaskan di Melaka.

“Selepas penyerahan ini kita memberi tempoh empat bulan kepada syarikat ini untuk mengaktifkan talian mereka di mana tiga syarikat akan menggunakan menara ini untuk capaian liputan buat penduduk.

“Kita memberi jaminan ia akan berfungsi sepenuhnya sebelum perayaan Aidilfitri nanti, tempoh ini disingkatkan kerana penggunaan teknologi MOCAN (Multi Operator Core Network) di menara ini.

“Teknologi ini menggunakan gelombang mikro berbanding beberapa menara lain yang mengambil tempoh sekurang-kurangnya empat bulan berikutan menggunakan jaringan daripada gentian optik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Lawatan Kerja YB Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital dan Penyerahan Tapak Projek JENDELA Fasa 1 Negeri Melaka di Kampung Bukit Apit, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah MCMC Melaka, Syed Isa Alsagoff, Ketua ICT negeri, Fauzi Elham; Ketua Pegawai Operasi Melaka ICT Holdings (MICTH), Mohd Jailani Deraman serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1043
Kongsi :
Previous post ‘Di Langit Melaka, Ku Temui Damai Yang Hilang’
Next post Pelapis angkat berat Melaka ‘tapau’ 16 emas
Ubah saiz-+=