Sorting by

×

MHI TAWAR PAKEJ FOTOGRAFI EKSKLUSIF ISTIADAT PINGAT, BINTANG DAN DARJAH KEBESARAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 23 Ogos – Melaka Hari Ini (MHI) Sdn. Bhd. menawarkan pakej fotografi eksklusif bersempena Istiadat Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka pada esok dan Isnin.

Tampil dengan pakej fotografi yang menarik, penerima pingat, bintang dan darjah kebesaran sempena Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam akan membawa pulang gambar kenangan istiadat dalam bentuk cetakan kalis air lengkap dengan bingkai berlogo rasmi Kerajaan Negeri Melaka.

Terdapat dua pilihan utama iaitu Pakej Tuah berharga RM349 yang merangkumi gambar penerimaan pingat (1 keping 11R dan 1 keping 6R) serta satu bingkai gambar khas.

Bagi pelanggan terawal pada hari ini, pakej Tuah ditawarkan pada harga promosi RM299 sahaja.

Selain itu, Pakej Jebat berharga RM199 turut disediakan untuk sesi bergambar di studio selepas istiadat, di mana ia menawarkan pakej lengkap dengan dua keping gambar cetakan 11R dan satu keping gambar 6R kalis air. Pelanggan juga boleh menambah bingkai gambar pada harga RM189 seunit.

Lebih istimewa, bingkai yang ditawarkan menggunakan kayu berkualiti dengan logo rasmi Kerajaan Negeri, menjadikan ia antara kenangan paling berharga buat penerima pingat, bintang dan darjah kebesaran.

Whatsapp image 2025 08 23 at 13.02.05

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian pegawai bertugas di talian 018-3299936 (Sarah); 011-60604470 (Mike); 0176966741 (Hani) dan 017-4265848 (Afiqah).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

445
Kongsi :
Previous post ‘MI JANDA’ GAMIT NOSTALGIA ORANG ALOR GAJAH
Next post KITARECYCLE: INISIATIF LESTARIKAN BUMI