Mimpi berada di Tanah Suci, hidayah saudara baharu

Masa Membaca:2 Minit, 7 Saat

BUKIT BARU 15 April – Bermimpikan seolah-olah berada di Tanah Suci Makkah, seorang saudara baharu tidak menyangka ia menjadi hidayah yang mendorongnya untuk memeluk agama Islam Nov tahun lalu.

Ecah (nama samaran), 24 berkata sebelum ini dia dibesarkan dalam suasana kampung Melayu dan kehidupannya banyak dipengaruhi budaya masyarakat itu.

Tambahnya, dia juga sering mengikut rakan-rakannya yang beragama Islam untuk berpuasa ketika melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi (IPT).

“Pengalaman sebelum saya masuk Islam sudah ada iaitu berpuasa penuh dekat kolej dengan kawan-kawan malam sebelum ini saya tinggal dalam suasana kampung Melayu jadi sudah biasa.

“Allah beri hadiah terbesar anugerah kat saya melalui mimpi. Ketika itu, turun daripada eskalator dan saya nampak ramai orang kat Tanah Suci (Makkah) berbaju jubah warna putih dan kemudian tersedar dari mimpi.

“Waktu itu (ketika bermimpikan Tanah Suci), saya tak kenal sesiapa untuk saya tahu maksud mimpi tu, sama ada mimpi itu hidayah atau sebaliknya,” katanya katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka di sini, hari ini.

Surirumah itu berkata, selepas memeluk agama Islam suami banyak membantu serta mendidiknya untuk amalkan solat Subuh.

“Sekarang masa sahur saya masak malah suami ada menasihatkan saya supaya mengamalkan banguna awal untuk solat Subuh atau tunaikan solat Dhuha.

“Walaupun pada awalnya susah sebab kita tak biasa, tapi jika diamalkan, lama-kelamaan sudah biasa,” katanya.

MUHAMMAD (nama samaran)

Berbeza pula pengalaman dirasai Muhammad (nama samaran), 29, dia diceritakan oleh seorang lelaki mengenai penceritaan kisah-kisah Nabi sebelum mendalami tentang kebenaran kisah itu.

“Pengalaman saya mula-mula kenal dengan agama Islam ini di tempat kerja… ada seorang pak cik ni dia menceritakan kisah Nabi.

“Dari sana saya perasan kenapa kisah nabi ini lain daripada lain sebelum saya cari mana kebenaran dan akhirnya dapatlah mana yang benar dan mana yang terpesong.

“Saya ambil masa dua tahun untuk mendalami agama Islam, lepas tu baru betul-betul kenal Tuhan sehingga saya peluk Islam pada Dis tahun lalu,” katanya.

Katanya pada awal perjalanan dirinya memeluk agama Islam pelbagai halangan perlu ditempuh termasuk dari ahli keluarganya sendiri.

“Halangan tu mesti ada. Kemudian ambil masa sikit lepas tu segalanya okay la…kena selalu berdoa.

“Pengalaman berpuasa ok. Hari ini hari ke-13, dapatlah (saya) puasa…tahun lepas pernah cuba sendiri tapi tertinggal beberapa hari.

“Tahun ini secara rasmi saya beragama Islam dan (setakat ini) belum lagi tinggal puasa. Pengalaman ada sehari tu saya bangun lewat dapat minum sikit saja, tapi Alhamdulillah boleh puasa,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1547
Kongsi :
Previous post ePEMULA pupuk budaya transaksi tanpa tunai, ringankan beban kewangan Keluarga Malaysia
Next post Butik Rakyat perlu diperluaskan di Melaka
Ubah saiz-+=