Minggu Warisan Pantun ketengah warisan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

Liana Sahabudin

SERI NEGERI 6 Mac –

Memang cantik berbaju kebaya,
Ia disulam kain baldu;
Pantun seloka menjadi budaya,
Supaya dunia takkan hilang nilai Melayu.

Itu bait-bait pantun dikongsikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bagi menggambarkan inisiatif Kerajaan Negeri dalam membudayakan tradisi berpantun di negeri ini.

Menurut Ab Rauf, bagi menggalakkan lagi inisiatif itu Kerajaan Negeri juga akan mengadakan Minggu Warisan Pantun sepanjang tahun ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Dalam siri TMM2024 kita akan mengadakan Minggu Warisan Pantun, ia bukan sahaja memperkenalkan pakaian dan makanan tradisional pelbagai kaum, tetapi seni serta budaya yang mempunyai nilai-nilai tinggi di Melaka.

“Minggu warisan ini juga akan mengetengahkan pelbagai pantun yang disuarakan oleh lain-lain kaum yang ada di negeri ini.

“Oleh demikian pewaris-pewaris seni di semua sekolah juga boleh mengambil bahagian dalam insiatif ini, sebelum ini kita telah menerima 30 peratus pantun terbaik dihasilkan oleh pelajar sekolah bukan Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Zahari Abd Kalil (BN- Durian Tunggal) mengenai insiatif membudayakan pantun kepada kaum lain di Melaka pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

336
Kongsi :
Previous post Sistem E-tanah Melaka lebih efisien, selamat
Next post Zon Bebas Kenderaan kurangkan 12,000 kilogram karbon dioksida setiap kilometer
Ubah saiz-+=