
Mini Konsert Karnival Seni Madani 2024: medan ‘tonjol’ bakat artis tempatan
AYER KEROH 29 Jun – Mini Konsert Karnival Seni Madani 2024 yang diadakan di Panggung Seri, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Melaka (JKKN) di sini malam tadi merupakan pentas menghargai bakat anak-anak tempatan.
Pengarah JKKN negeri, Ezlina Alias berkata lebih lima artis tempatan diundang bagi membuat persembahan pada mini konsert terbabit.
Katanya, antara artis tempatan membuat persembahan adalah Yaseer Fikri yang kini semakin dikenali dengan lagu Senandung Anak Melaka.
“Antara lain, duo Legacy Nyonya Tan yang pernah menjuarai pelbagai pertandingan anjuran JKKN Melaka; penyanyi Haqiz yang menjuarai Program Bintang Irama Asli dan pelbagai lagi.
“JKKN Melaka menjadikan mini konsert ini sebagai tempat mwnghargai bakat-bakat anak tempatan yang sering membawa lagu-lagu kebudayaan dan irama asli.
“Mereka adalah pelapis yang perlu diberi sokongan dan tempat untuk mereka berkarya kerana mereka adalah pembawa budaya seni dan warisan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Mini Konsert Karnival Seni Madani 2024 di Panggung Seri, Kompleks JKKN.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENJAWAT AWAM PEMACU AGENDA KERAJAAN – AB RAUF
SERI NEGERI 17 November - Penjawat awam Melaka perlu memastikan setiap perancangan Kerajaan Negeri dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan seterusnya mencapai...
PAIP, JALAN DAN SALIRAN JADI KEUTAMAAN 100 HARI RIDZUAN DI BUKIT KATIL
SERI NEGERI 17 November - Penyelenggaraan paip, jalan raya dan sistem perparitan antara keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit...
AB RAUF SASAR TUNAI JANJI MANIFESTO MENGIKUT MASA DITETAPKAN
SERI NEGERI 17 November - Enam teras dan 113 inisiatif manifesto yang dijanjikan kepada rakyat akan dilaksanakan mengikut tempoh masa...
AB RAUF MAHU WAKIL RAKYAT TURUN PADANG, BUKAN DUDUK DI PEJABAT
SERI NEGERI 17 November β Setiap wakil rakyat di Melaka perlu mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi memastikan amanah diberikan...
WAKIL BN-PN ADA DALAM BARISAN EXCO MELAKA – AB RAUFΒ
SERI NEGERI 17 November β Wakil parti politik dalam gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan dilantik dalam...
KEMBALI DENGAN MANDAT, AKMAL TERUS SANTUNI ADUAN RAKYAT
MERLIMAU 17 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh tidak menunggu lama untuk menyambung...
