
Misteri kebakaran enam motosikal
ALOR GAJAH 4 Sep – Penduduk sekitar rumah pangsa Tanjung Bidara Permai, di sini, cemas apabila enam motosikal di kawasan parkir berhampiran terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.32, susulan itu sebuah jentera bersama pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi pasukan operasi mendapati benar berlaku kebakaran membabitkan enam buah motosikal pelbagai jenis.
“Operasi memadamkan kebakaran dijalankan oleh enam anggota, pasukan forensik bomba juga dikejarkan ke lokasi untuk menyiasat punca menyebabkan kebakaran kenderaan terbabit,” katanya.
Katanya, selain JBPM siasatan juga dijalankan oleh pegawai penyiasat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA MAUT, EMPAT CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI PUTRAJAYA
PUTRAJAYA 20 Mac - Dua lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di Presint 1 menghala...
PERSIAPAN SAAT AKHIR SAMBUT AIDILFITRI
DUYONG 20 Mac - Meskipun ramai umat Islam yang sudah membuat persiapan awal bagi menyambut satu Syawal, namun tradisi hari...
OPS HRA 2026 : LEBIH 2,000 KESALAHAN DIRAKAM MELALUI DRON – JPJ
KOTA BHARU 20 Mac - Sebanyak 2,384 kesalahan berjaya dirakam melalui penggunaan dron dalam tempoh tiga hari pelaksanaan Ops Hari...
LELAKI PUKUL ISTERI HAMIL DIREMAN EMPAT HARI
MELAKA 20 Mac - Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya yang sedang hamil pada Ahad lepas direman empat hari oleh...
PENJAWAT AWAM RUGI RM160,000 TERPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 20 Mac - Seorang penjawat awam kerugian lebih RM160,000 akibat terperdaya sindiket pelaburan tidak wujud setelah berkenalan dengan seorang wanita...
RM5 JUTA UNTUK PASANG LAMPU JALAN SOLAR, TUMPU KAWASAN GELAP SEKITAR MELAKA
AYER LIMAU 20 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta bagi pemasangan lampu jalan jenis solar di kawasan-kawasan gelap di...
