Mohd Ridhwan ganda gerak kerja pada pecutan terakhir

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

HANG TUAH JAYA 16 November – Berbaki dua hari sebelum tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berakhir, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali melakukan pecutan terakhir bertemu pengundi-pengundi di kawasan itu bagi menarik sokongan mereka terhadap BN.

Mohd Ridhwan yang juga Ketua Bahagian UMNO Bukit Katil berkata, sepanjang tempoh berkempen sejak hari penamaan calon lalu, beliau telah berjumpa kira-kira 80 peratus pengundi terdiri daripada pelbagai kaum di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah parlimen itu.

“Sepanjang kempen yang berbaki dua hari lagi ini apa yang saya dapati, penerimaan pengundi yang berbangsa India dan Cina terhadap calon BN semakin positif berbanding ketika kempen PRU yang lalu.

“Tempoh waktu berkempen pula memang dari awal berkempen, saya memang keluar seawal subuh dan pulang lewat malam untuk bertemu seramai mana pengundi dalam parlimen ini, jadi untuk ‘final lap’ ini, segala usaha akan digandakan menjelang PRU15 sabtu ini.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi walkabout di Bukit Piatu, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Ridhwan turut mengharapkan untuk dirinya diberikan peluang untuk berkhidmat dan berjanji tidak akan lari meninggalkan pengundi sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.

“Sebagai calon anak tempatan, saya akan bersama-sama pengundi dan selesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi pengundi, kita kena duduk bersama rakyat dan cari solusi masalah mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1664
Kongsi :
Previous post PRU15: Pengundi balik kampung, tiket bas ‘laku keras’
Next post Pastikan pengundi keluar Sabtu ini, BN Melaka sedia kenderaan khas
Ubah saiz-+=